Friday, August 13, 2010
22 tahun dah. Lama dah hidup ke?
"And in the end, it's not the years in your life that count. It's the life in your years."
tahun ni sudah masuk 22 tahun.
sudah semakin tua.
menjadi semakin takut. semakin kalut.
fikiran bercelaru.
tapi masih perlu fikir untuk beli baju baru.
hati tidak menentu.
tapi masih perlu fikir untuk cari calon dulu.
badan sakit-sakit.
tapi masih perlu fikir untuk kembungkan poket dulu.
duduk termenung.
sibuk duk fikir. apa yang dah dapat dicapai dalam 22 tahun ni?
termenung lagi.
kenapa tak banyak kenangan yang boleh dikenangkan dalam 22 tahun ni?
migrain datang.
terfikir sendiri.
berapa tahun dah sebenarnya aku hidup?
berapa banyak ilmu dah amal?
berapa banyak duit dah kumpul?
berapa ramai kawan dah ada?
berapa banyak kebajikan dah buat?
arghh... migrain semakin teruk.
22 tahun. terlalu banyak yang disia-siakan. terlalu banyak yang ditinggalkan.
mungkin sebab terlalu pahit untuk dikenang?
menangis.
tidak boleh hidup dalam penyesalan. tidak. jangan. kena kuat.
mencari.
belum jumpa. kawan susah senang. untuk menangis bersama.
menangis lagi.
masih seorang. hanya ada keluarga.
sunyi.
aku salah? introvert? selfish?
tinggal sendiri.
22 tahun.
masih tidak yakin. masih di belakang.
kenangan pahit.
lebih kuat. lebih dominan.
kenangan manis?
direka. mimpi?
hati sakit.
menangis? tidak boleh. tidak boleh. kena kuat.
masa depan.
kabur. kurang usaha? atau hidup dalam mimpi? tidak berpijak pada bumi yang nyata?
terlalu rumit.
yakin.
lebih baik dari semalam. pasti!
kenangan.
jadi pedoman.
masa depan.
adalah cabaran.
hari ini.
perlu dipenuhkan.
emosional? sikit ah. 22 tahun sudah.
macam tiada life. dull.
kena hidup dengan gembira selepas ni. pasti fun. kan?
Enjoy your life while you still can. (^_^)
...........................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
baru 22 tahun ker?
ReplyDeleteawal lagi, tunggu bila dah 32..
(Tak der rumah lagi by this time memang dah panic)
tunggu bila dah 42..
(anak baru masuk darjah dua, lagi la panic)
bila dah 52..
EPF baru 40 ribu?
laaaaaaa.. nak makan apo?
so yang 22 tu, buleh jer buat persiapan lagi..
jangan jadi sampai 62 cam pocket ni baru nak kalut.. (Tipu tipu, pocket tak setua itu)
haha... itu yang takut tu nak fikir..T_T
ReplyDelete