Wednesday, July 28, 2010

Snow World, Genting Highland

ini adalah entri jalan-jalan di Genting Highland.
tempat pertama yang dituju adalah Snow World.
tujuan utama pergi Genting memang nak masuk Snow World tu je pun.  gila excited.
bajet-bajet macam nak amik feel la macam mana orang-orang kat oversea sana bila musim sejuk.  haha. so kampung.

first, kitorang (aku dengan family) kena tunggu tempat dia bukak. kitorang datang awal kot.  semangat gila. haha.
bayaran dia RM .....??? lupa lah.. belas-belas ringgit agaknya. aku tak amik port sangat sebab bukan aku yang bayar.  lagi pun, kitorang tak tau pun yang kalau beli tiket khas untuk indoor game punya boleh guna untuk masuk Snow World juga.  Tiket indoor game baru RM 30 seorang.  eh, yeke? lebih kurang gitu kot.  aku tak amik port bab ringgit-ringgit ni.

so, dah beli tiket.  kitorang pun beratur lah nak masuk Snow World.  mula-mula, dia check tiket.  lepas tu, dia suruh pilih baju sejuk. lepas tu, dia suruh pakai kasut (kasut khas).  lepas tu, dia suruh cari sarung tangan ikut saiz.  Adik dengan abang aku tak payah tukar kasut, sebab diorang dah sedia ada pakai kasut.

Bila dah dapat baju, kasut, sarung lengan dan drawer tempat simpan barang,  makin excited la kami untuk sekian kalinya.  Ah, lupa.  aku hampir-hampir juga mengeluarkan kata-kata kesat semasa memakai kasut.  bau dia, hanya orang yang pernah masuk Snow World menggunakan kasut yang disediakan je tau macam mana evilnya bau dia. pehh.

ok. ok. sambung cerita.  dah tu, kitorang pun berdedai-dedai la berjalan masuk ke Snow World.  masuk-masuk je, aku cakap kat adik aku.  weh, macam masuk peti sejuk beb.  tiba-tiba adik aku tiup depan muka aku.  keluar wap beb.  kami happy macam  nak gila.  baru dapat feel macam kat oversea, cakap-cakap keluar wap. hahaha

dah tu, masuk je Snow World.  bamm!
hatiku bagai diracik-racik.  nak tau kenapa? dalam hati aku, ek eley, kecik je rupanya Snow World ni. hampes betul.

Hilang terus angan-angan aku.  Berkecai terus kepulan awan angan-angan aku.  alah, kalau berangan kan ada awan kat atas kepala.  yang macam dalam cerita kartun tu.  ada kan? ok. ok. pembaca blog ko ni sumer bijak-bijak aboi, mesti faham punya.

Aku expect yang tempat dia ni besar.  Ada salji-salji yang dibentuk menarik-menarik. macam dalam brochure.  tapi hape pun tak de.  tapi tak pe.  kekurangan-kekurangan macam ni biasa.  lagi pun belum musim christmas pun, kan. 

So, bila hati dah tenang.  aku pun gumpal la salji tu.  ok. bukan salji, tapi ais.  aku gumpal, berkecai.  aku gumpal lagi, berkecai.  aku gumpal lagi sekali, berkecai jugak.  ah, tak boleh buat snow ball. kecewa lagi.  jadi aku amik jalan singkat, pungut jugak ais ni tadi.  main lempar-lempar dekat family.  wah, tiba-tiba rasa macam dalam filem-filem orang kulit putih.  walaupun tak de rupa macam snow ball, tapi ada aku kesah.  dapat feeling aja sudah. tak betul?

masuk dua tiga kali lempar ais.  bang! aku bosan.  abang aku terus cakap.  jom naik gelongsor ais tu.  berdedai-dedai lah kami cuba naik gelongsor tu.  dah la berat gila pelampung dia tu.  kena panjat tangga.  dah tu orang yang bertugas tolak kitorang ke bawah.  pelampung dia sangat nipis.  jadi adalah sangat sakit kalau punggung ni terhentak dengan lantai ais masa nak turun. tak mo naik lagi dah pas ni.  sakit do.

bila dah bosan, naik atas rumah yang diorang buat kat tengah-tengah bilik tu.  tak de apa-apa. ok tak pe.  memang dah agak bosan ni.  kami akhirnya, duduk-duduk dan jalan-jalan saja kat dalam tu.  tengah jalan-jalan, tengok dekat cermin.  mak aih, ramainya orang kat luar yang tengok kitorang terkinja-kinja kat dalam.  malu beb. malu.

dan dan tu jugak, aku jadi sopan sikit.  sikit jela pun.  haha
dah berapa lama dalam tu agaknya, diorang suruh keluar. time out! time out!
ok. ok. faham. faham.  keluar dari Snow World dengan perasaan yang 50:50.  best dan tak best.

Sekarang layan gambar je la ye.  oh, disebabkan blog ni blog aku.  jadi untuk setiap gambar ada gambar aku.  harap maklum. (^_^)








anyway, ianya masih juga dikira seronok untuk berada di genting. ;D

..................................................

4 comments:

  1. Ala..cam best je cik aboi..nak gi la..kecik pon kecik la...

    ReplyDelete
  2. Byk2 tempat kat genting...tak masuk pun snow world...tunggu hb je kat luar coz masa tu ada bby....len kali la kot...masuk dgn anak2 sekali. sorang2 apa kejadahnye...

    ReplyDelete
  3. hahaha... tunggu humaira besar sikit bawak pergi lah.

    pergi sorang-sorang memang kelakar sungguh! haha

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails