Monday, July 26, 2010

Ah, budak-budak lagi.


Sejak dua menjak ni, aku selalu sangat diganggu dengan nombor-nombor baru yang muncul di skrin telefon aku. ah, sangat annoying..

adalah beberapa nombor cakap nak berkenalan.
kalau dulu, aku rajin la jugak nak melayan nombor-nombor asing ni.  tapi sekarang dah lain, dunia dah berubah, zaman dah maju. *ah, over! cakap je malas nak layan, kan?*

dulu masa pakai handphone murah beria-ia ni layan nombor-nombor asing.  tapi sekarang dah pakai handphone mahal sikit dah jadi kedekut la pulaknya nak melayan nombor-nombor asing.  ini la yang orang cakap, biar papa asal bergaya. kene berjimat dalam segala benda, terutama prepaid. ye dak?

bila aku tanya sapa empunya nombor ni.  mulalah diorang keluar ayat-ayat merapu. nak berkenalan lah. tak pentinglah nak tahu. itu. ini. itu. ini. ok. cukup.

kebanyakan nya aku tanya umur berapa dulu.  alah, ingat dah tua sangat dah kau.  semuanya budak-budak lagi. area 19 tahun macam tu.  baya-baya adik aku.  hello adik-adik, akak ni dah masuk 22 dik oi.  sudah-sudahlah tu nak ngorat akak.. *erk..tetibe* haha.

yang ada sorang budak ni, aku cakap aku dah kahwin pun dia tak percaya.  ah, mungkin jugak ayat-ayat balasan aku tu tak cukup kukuh nak menunjukkan yang aku dah kahwin. yelah, mana nak sama kan, aku kan belum kahwin.  (-_-") merapu lagi.

sejak semakin berumur ni, aku suka orang yang terus terang je tau. kalau nak kenal dengan aku, bagi mesej tulis penuh-penuh.  "Salam, nama saya Ali.  orang panggil saya Aladin.  Saya kerja dekat kedai makan pak abu sebagai pelayan.  saya ni baru 20 tahun.  saya nak berkenalan boleh?" hah! dapat?

lain kali kena tulis macam tu.  lagi satu, aku tak suka sangat bercakap kat telefon ni.  sebab aku kadang-kadang ni ada masalah pendengaran sikit. lagi satu, aku tak suka cakap kat telefon nanti dah mesra-mesra, keluar ayat bunga-bunga pulak. peh! berbulu beb telinga aku.  geli tau, geli. boleh meroyan aku nanti. *ok, aku over*  kalau laki aku mestilah aku tak geli kan.  (^o^)

kalau nak kenal tak payah telefon, aku tak rajin angkat.  faham?

*bila dah baca-baca balik entri ni dah macam cakap dengan orang, meh la kenal dengan aku. meh la kenal-kenal dengan aku*  ah~ annoying sungguh !*

2 comments:

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails