Friday, January 29, 2010

290120101117.jpg


290120101117.jpg
Originally uploaded by aboi48

Akibat kebosanan..

photo0013.jpg


photo0013.jpg
Originally uploaded by aboi48

Akibat kebosanan..

Thursday, January 28, 2010

Without Borders Contest

Contest ini dianjurkan oleh edriena yang juga merupakan seorang blogger. Untuk mengetahui 'contest' ini dengan lebih lanjut.

[ Ok ! Sekarang ni saya pilih untuk join Part 2 ]
(Without Borders Contest)


Cuba teka saya berada di mana dalam gambar ni? Ok ! takpelah, saya malas nak tunggu jawapan. Ni saya bagitau, saya berada di atas Jabal Rahmah, Mekah. Kalau mengikut sejarahnya, di sinilah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Jadi ramai orang yang datang ke sini untuk berdoa agar dipertemukan jodoh atau dikekalkan jodoh atau sebagainya.

Saya juga tidak terkecuali untuk berdoa bagi dipertemukan jodoh. Sambil-sambil doa tu saya jeling-jeling juga kiri dan kanan saya. Mana tau jodoh saya ada juga di situ. (haha ! saya tipu..ok)
Gambar ini adalah pada masa sesudah saya berdoa. Saya berdoa dengan tekun juga pada masa itu. Saya syak muka saya juga kelihatan serius seperti lelaki yang sedang berdoa di sebelah saya tu. Oh bukan ! Bukan lelaki yang sedang tersenyum tu..tetapi lelaki di belakangnya. Nampak tak betapa serius muka lelaki itu ketika berdoa.

Ramai juga yang menconteng nama mereka di tembok itu. Saya teringin juga menconteng nama saya beserta nombor telefon di tembok itu dan berdoa agar ada orang Malaysia yang nampak dan mengorat saya melalui telefon. Tapi, saya padamkan saja niat saya itu sebab saya tak ada marker pen. Lagipun saya juga tidak cukup ketinggian untuk menulis di situ. Isk !

Oh selepas itu, mata saya melilau-lilau juga mencari tempat lain untuk bergambar. Kenanganlah katakan. hehe. Ok lah. Cerita saya dah habis. Akhir kata, saya harap saya menanglah contest ni.

Sekian, terima kasih.

Strabismus a.k.a Mata Juling


Tertanya-tanya kenapa aku buat topik juling? Buang tebiat ke apa?? haha
Tidak lah..sebab aku telah disahkan juling oleh pekerja di kedai cermin mata Axis bernama Fynn..erk?? AKU JULING ??? betul ke??

haha...betul lah..bacaannya sebelah 30...sebelah lagi 28.5..
kanan ke kiri?? jangan tanya..aku pun tak tau..
1.5 beza..jadi dikira tak berapa juling lah.. kalau perati betul-betul baru nampak juling..hehe

Apakah maksud mata juling?
Mata juling terjadi apabila kedua belah mata tidak selari/sejajar dan melihat ke arah yang berlainan. Satu mata bergerak dengan normal tetapi mata di sebelahnya bergerak samada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah. Mata juling boleh juga dikaitkan dengan keturunan.

Terdapat beberapa jenis strabismus :
1. Esotropia : mata melenceng ke arah dalam
2. Eksotropia : mata melenceng ke arah luar
3. Hipertropia : mata melenceng ke arah atas
4. Hipotropia : mata melenceng ke arah bawah.

Masalah juling biasanya dialami oleh 23 hingga 47 peratus kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan. Bayi tidak cukup bulan biasanya mempunyai retina mata yang pra matang. Bagaimanapun, secara lebih khusus, faktor penyebab berlakunya juling tidak dapat diketahui. Selain genetik, juling boleh terjadi disebabkan masalah kecederaan otak, barah mata, rubela kongenital dan cerebal palsy.
(harap maklum : aku tak cukup bulan..hehe)

Rawatan :
1. Mata juling memerlukan pemeriksaan awal dengan doktor mata.
2. Cermin mata mungkin diperlukan untuk penyakit rabun mata seperti rabun jauh.
3. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah mata malas (lazy eye/amblyopia), menampal mata yang sihat boleh membantu memulihkan penglihatan di mata yang juling. Bagaimanapun, rawatan ini tidak akan berjaya jika ia lewat dimulakan. Rawatan perlu dimulakan pada umur yang awal.
4. Pembedahan boleh merawat mata juling dengan baik. Ia bagaimanapun tidak boleh menggantikan penggunaan cermin mata atau rawatan untuk mata malas. Sewaktu pembedahan, otot-otot mata akan disusun semula. Selepas pembedahan, kanak-kanak biasanya boleh meneruskan aktiviti biasa selepas beberapa hari.
5. Suntikan Botox kepada otot-otot mata mungkin boleh membantu dalam sesetengah kes, tetapi hanya untuk sementara waktu.

Info lanjut : Klik Sini - Tak pun Klik Sini - Kalau tak nak.. Klik Sini

Korang perasan ke aku juling ek??

Itu semua saya punya !


photo0009.jpg
Originally uploaded by aboi48

Tak puas hati..try lagi..
*Yeay ! Dah jadi Live Blogging...lepas ni..bila saya mempunyai kredit lebih..saya akan selalu membuat Live Blogging... (^^,)
Credited to : One of the bloggers..(begitu lama saya di page dia saya langsung tak ingat siapa..huhu) Bila saya dah ingat saya edit post ni ye..

Wednesday, January 27, 2010

Inilah Irah...

Gadis di dalam gambar inilah Irah..
orang yang saya gembar gemburkan dalam entri saya yang sebelum ni..

Mana Pergi Peterpan??

Sebenarnya saya nak cerita pasal pertemuan saya pertama kali dengan kawan chatting.
Saya dating dengan Syahirah Mohd Noor..

Irah orang Singapore.
Dia tinggal di Choa Chu Kang kalau tak silap.. saya dah lupa..
sorry Irah (-_-)’

Kami berkenalan di Chat Room Peterpan (CRPP)...
Alaa...kumpulan yang glamer dengan lagu “Tak Bisakah”..tak ingat???
Kalau lagu “Mungkin Nanti"..ingat??
Bagus !

Kami selalu berchatting di CRPP bersama dengan teman-teman yang lain.
Yang saya ingat..antaranya.. bdiamond / kak eton / fazlina / guntur / arief-dape / kiki kamisna / Fanz a.k.a Irfan / bro Antoi / bangah / boy_gemini (nama betul lupa) /dan lain-lain
Mereka sangat baik. Ada antara mereka orang Singapore..orang Malaysia dan kebanyakannya orang Indonesia. CRPP ini kiranya menyatukan kami semua lah.

Dulu saya sangat minat dengan kumpulan Peterpan.
Tapi sejak mereka bergaduh sesama sendiri dan Andika tukar group ke the Titans.. minat saya kian luntur terhadap band Peterpan itu sendiri. Saya juga tidak mengikuti perkembangan mahupun mendengar lagu-lagu the Titans meskipun saya dulu sangat meminati Andika. hehe (Ya ! Saya tipu..)

Selepas itu, keluar pula kisah penceraian Ariel Peterpan. Bagi saya sudah terlalu banyak gosip panas mengenai Peterpan mengatasi perkembangan muziknya. Dan itu juga saya jadikan salah satu alasan untuk tidak lagi mengikuti perkembangan kumpulan Peterpan walaupun anak Ariel Peterpan sangat comel. Haha..giler apa punya alasan.

Dan sejak itulah saya meninggalkan CRPP dan web Peterpan. Jujur saya katakan bahawa saya tidak tahu masih wujud lagi ataupun tidak web Peterpan. Kenapa saya tak check dulu web tu ada lagi atau tidak sebelum buat entri ini? Sebab saya malas dan saya sudah lupa URL yang sepatutnya saya tekan untuk pergi ke web tersebut.

Tiba-tiba saya rasa saya perlu membuat entri lain bagi menceritakan berkenaan kawan saya, Irah. Too much about Peterpan..kan? Tetapi, buat masa ini saya masih malas. Jadi saya teruskan saja entri saya berkenaan Irah.

Ok. Irah sangat baik dan sangat peramah.
Saya tak ingat pada tahun bila saya dating dengan Irah.
Sorry Irah (-_-)’

Masa tu saya balik Singapura, atas sebab apa? Saya masih juga tidak ingat. Terlalu banyak telan semut mungkin? Tak kisah la.

Saya dan Irah berjanji untuk bertemu pada suatu petang.
Pada masa itu saya sangat penat. Saya masih juga tidak ingat pada masa tu saya baru sampai dari Malaysia ataupun saya baru balik dari bersiar-siar di sekitar Singapura.

Jadi saya berbalas-balas khidmat pesanan ringkas dengan Irah di mana patut dia tunggu dan sebagainya.
Kisahnya, pada masa itu. Saya sangat selekeh kerana badan saya berpeluh dan saya tidak selesa. Tudung saya juga tidak betul pada masa itu. Saya juga terlupa memakai minyak wangi. Bedak compact juga lupa. Saya hanya memakai bedak biasa saja ketika itu. Adakah badan saya berbau? Oh ! jujur saya tidak tahu. Busukkah saya, Irah? Hehe

Seterusnya, saya berjalan dengan agak laju sebab Irah mesej saya cakap dia dah sampai. Oh ! itu juga telah menyebabkan saya berpeluh dengan lebih banyak dan lebih banyak beristighfar kerana saya sangat gementar.

Bila dah jumpa Irah. Irah sangat friendly. Saya tidak berasa kekok dengan dia. Saya cuma malu sebab saya nampak selebet. Selepas itu, Irah ajak saya makan KFC bersebelahan dengan McD dekat Woodlands Ave. 4 yang terletak dekat jugak dengan rumah saya. Irah belanja saya Cheezy Wedges dan air. Kami terus berbual mengenai group Peterpan, teman-teman chatting juga kisah hidup masing-masing secara generalnya.

Kenapa Irah belanja saya?. Sebab saya cakap dengan Irah saya tak ada Singapore Dollar. Pada tangan saya ada $20 duit Singapura tetapi mak saya cakap saya kena beli roti di pasaraya NTUC di Plaza 888 (saya keliru sama ada NTUC itu sendiri di dalam Plaza 888 atau bersebelahan dengan Plaza 888..saya dah lama tidak jejak kaki di sana). Dan saya langsung tak terfikir bahawa roti Bonjour yang saya ingin beli itu tidaklah semahal yang disangka. Kesian Irah kena bayar makanan saya.

Saya jumpa dengan Irah sekejap saja. Kenapa? Mungkinkah sebab sudah lewat petang? Saya masih juga tidak ingat. Hadoiii...adakah saya sudah nyanyuk? Oh tidak !! ok. Ok. Cukup.

Selepas perjumpaan petang itu. Kami masih lagi berhubung sampai sekarang. Cuma tidak kerap lah. Sebab saya sibuk. Irah juga sibuk. Saya sudah lama juga tidak mendengar kabar dia. Sudah dapatkah dia masuk Universiti? Kalau tak silap saya kali terakhir saya berhubung dengan dia, dia sedang memohon kemasukan ke Universiti setelah tamat belajar di salah sebuah politeknik di sana.

Kenapa saya tulis entri pasal dia? Sebab saya tiba-tiba rindu dekat dia..hehe
Ok. Cerita dah habis.

~ Oh ya ! kalau nak dating dengan saya, awak kena belanja saya. (^^,)

Tuesday, January 26, 2010

ADUKA TARUNA & HANIS ZALIKHA

Siapa itu ADUKA TARUNA??
Siapa itu HANIS ZALIKHA??

kedua-duanya blogger yang popular..
Satu dari sudut positif...satu dari sudut negatif..

yang negatif..dia ni..
nak aku cerita??? tak payah laa... kat blog ini..kat blog situ..kat blog belah sana pun ada cerita pasal ADUKA TARUNA..

yang positif...dia ni..
pasal HANIS ZALIKHA?? nak tau cerita dia?? Korang boleh je jengah blog sini...blog sana..atau blog Hanis Zalikha sendiri...

Kenapa aku tulis pasal diorang??
Sebab boleh dikatakan hari-hari jugaklah aku disajikan dengan cerita-cerita diorang kat GengBlogger.com..

by the way, aku salah seorang follower Hanis Zalikha..
santai abeh !

Uniknya Singapura !

Aku tak boleh la..
Dah seronok agaknyer berblogging..hehe
Susah nak berehat...berhenti apatah lagi.. (^^,)

Nak cerita ni...
Dulu...
Aku selalu balik Singapore..
Tak kira lah masa cuti sekolah ke...hari raya ke...balik saja-saja ke..bercuti ke..

Jadi...kononnyer disebabkan aku selalu balik sana..
Dan kebetulan aku pun dilahirkan kat sana..
konon-konon nak la berlagak macam orang Singapore..
Nak tiru cara berpakaian..pakai walkman dalam MRT..(style beb...style ! haha)

Bukan ape..dulu kan selalu naik pengangkutan awam..bas la..teksi la..MRT la..
Boleh dikatakan majoriti rakyat Singapore tu..suka mendengar muzik..
Ada yang pakai handphone la..walkman la...vcd player la..
Boleh dikatakan aku ni terikut-ikut jugakla..
Kanak-kanak kan cepat belajar..haha (konon aku nak cakap yang aku dulu kecil-kecil suka beli kaset dengar lagu sebab terpengaruh dengan style diorang la tu..tett!)

Lagi satu...selain mendengar muzik..
Diorang juga suka membaca... surat khabar la..majalah la..novel la...buat study group dalam MRT pun aku penah tengok...bagus bukan?

Kalau yang jenis baca surat khabar... aku suka tumpang sekaki..tapi bila surat khabar dalam bahasa melayu lah.. kalau paper english tu aku jeling-jeling je.. bukan apa..kata nak sokong melayu..kan..?
baca paper melayu la.. kalau yang baca paper bahasa india atau cina.. aku tengok pun tidak..

Takut juga kan kalau-kalau orang tengok aku baca paper india atau cina..diorang buat spekulasi yang bukan-bukan atau tak pasal-pasal diorang interview aku hanya sebab nak tahu sejauh mana pemahaman aku dalam bahasa tu..tak ke huru-hara jadinya nanti?

Lagi satu..
Ada juga yang suka ehem ! atau dalam bahasa lainnya..merendek..dalam MRT.. hehe
Ini punya kes tak payah sebut lebih-lebih.. sebab golongan-golongan seperti ini hanya diibaratkan macam seekor semut di dalam balang gula.. (eh ! macam penah sebut..lalala)

Kesimpulannya..aku cuma nak cakap yang aku dah tak guna walkman semua bagai..
Dan aku baru je sambar handphone NOKIA X3 dua hari lepas... Xpress music beb ! haha... Mengada je bunyi..

Oh ya ! pasal ayat aku yang tunggang terbalik or gaya penulisan aku macam yang aku penah cakap sebelum ni..
Aku dah fikir masak-masak untuk abaikan aja..
Orang kata tulis dengan menggunakan hati dan perasaan adalah lebih ‘into’ kepada pembaca-pembaca...betul tak? haha

Saturday, January 23, 2010

Perasan tak?

Sejak dua menjak ni..
ayat aku terabur-terabur...
tunggang langgang ayat aku...
kejap ok..kejap berbunga-bunga..kejap gediks..
macam dah tak ade identiti sendiri..kan?

sebab stress mungkin?
atau sebab aku selalu mempunyai masa lapang dan selalu ber blog walking sehingga menyebabkan aku cube meniru gaya penulisan orang lain?

aku sendiri tak tahu..
mungkin aku perlu ambil langkah drastik? berehat seketika daripada berblogging?
Ya ! jadi sekarang ni...aku ingat ingin berehat seketika..
untuk mencari identiti yang hilang...

ok guys ! don't worry..aku pasti aku jengah blog-blog korang...

Friday, January 22, 2010

Be Careful What You Wish For

Kesinambungan daripada entri sebelum ni.. klik sini

Semalam aku hampir-hampir membeli buku ni..
sb ada diskaun giler2...haha
Tapi masa tu aku dah grab novel 9 nyawa..tinggal nak carik novel Melissa Hill je..

tapi dah puas aku round kat bahagian non-fiction tu..hampeh..
sekilas buku tu pun aku tak nampak...sedih kan?

Disebabkan tu jugaklah yang aku nak beli buku lain..
Mulanya aku nak beli novel yang kat bawah tu..
tp dia cakap beli dua..dapat diskaun 50% untuk buku kedua..

Setelah semua perkara ditimbang tara..
aku telah membuat keputusan untuk tidak membeli..
terasa membazir pulak kalau beli.. cintan-cintun aje pung.. tak rugi aku tak beli..kan? haha

~ tak tau bile nak stat bace 9 nyawa...huhu

Facebook Sepanjang Masa..

Semalam..aku sangat lapang (free la maksudnya)
fikiran aku juga lapang..
disebabkan ofis aku telah memblock permainan-permainan yang melekakan di facebook, yang aku kadangkalanya bersetuju dan kebanyakan masanya aku tak setuju kerana tidak boleh bermain game.
jadi, aku telah mengambil inisiatif untuk pergi menziarah rakan-rakan blogger yang lain.. mengisi masa lapang bak kata orang.. lagipun menziarah dan menambah kenalan kan dapat pahala.. hehe

well, memang sangat banyak blog yang aku jengah..aku terjah !
siap main cak..cak lagi... hebat tak hebat aku kan? haha

seriously,
semua blog yang aku terjah...
semuanya blogger yang hebat-hebat belaka..
semuanya mempunyai follower nyer sendiri..ramai pulak tu.. ceh !
aku terasa bagaikan semut di dalam balang gula.. (ececece..! mengada ! haha)
ok cukup !

Sebenarnya,
aku nak share ngan korang tentang Ada apa dengan Fesbuk..
aku cilok entri dari blog salah seorang blogger...Zack Zukhairi..
itu tak la kira cilok kan? sb aku tak copy paste pun entri dia.
cuma aku tolong membantu mempromosikan blog dia. bagus bukan?
kata kawan. apa da hal? haha.

secara generalnya, dalam blog dia ada menceritakan sedikit sebanyak pasal ni:

- Facebook punca result student teruk
- Facebook punca penceraian
- Dipecat gara-gara facebook
- Hukum sertai facebook
- Pelajar didakwa guna Internet ancam keselamatan

Kalau korang rajin. Korang baca lah blog dia.
Aku tau korang rajin. Kalau tak tak kan korang bace blog aku kan? kan?
tocey ! tocey ! hehe

~ Point yang no. 3 tu adalah salah satu sebab kenapa aku tak online facebook hari ni.. Kalau blogspot tak pe kan?

Novel lagi...

Esok waktu rehat aku nak pergi kedai buku popular..
rasenyer macam dah lama aku tak membeli novel..

Aku tak tau la yang aku ni agak ketinggalan ke tak..
Baru hari Isnin hari tu aku tahu yang novel ni dah keluar..
Lame dah aku tunggu karya Ramlee Awang Murshid... (hiperbola sungguh!)

but still... he is the best ! novelis yang paling aku minat...
So... seperti yang sebelumnya, aku tidak akan ketinggalan dalam usaha mendapatkan novel-novel dia di pasaran..hehe

Harga pun berpatutan beb !



Ehem ! (tekak gatal..)
Aku selalu beli 2 buah novel bile aku 'berduit' sikit.
Kadang-kadang aku pejam mata aje beli lebih dari 2 novel.

Jadi, ada sebuah lagi novel yang menjadi pilihan aku..
Aku harap ada lah buku ni di popular..
Because..aku dah bace sinopsis dia tu..dan aku rasa jalan cerita agak menarik..
Aku dah tak sabar..


Harap-harap impian aku dalam entri ni tak terbawa-bawa ke dalam mimpi..
mengganggu tidur aku je nanti kalau ada mimpi-mimpi..kan?

Thursday, January 21, 2010

@boi dan Google??

hari ni aku nak buat entri gediks lagi kesinambungan dari entri aku sebelumnya.
aku tau sejak kebelakangan ni ayat-ayat aku agak kucar-kacir.
aku sendiri tak tau kenapa. mungkin sebab terlalu banyak menjengah blog orang lain??

bila masuk blog orang lain..gaya bahasanya lain.
lain orang..lain gaya penceritaannya.
kepala aku jadi pening dan ini membuatkan ayat yang hebat-hebat yang dah aku karang di dalam kepala tadi jadi tunggang terbalik.

so..
aku nak tekankan di sini. satu gambar mempunyai seribu cerita. haha
page pertama di google ?? hebat bukan?? perasan?? ya..saya mengaku..saya memang perasan..haha

kalau carik kat yahoo..confirm anda akan rasa bengang sepertimana aku..sebab yahoo sedikit pun tak de belas kasihan untuk aku. kan?


~ gediks bukan?

200

Ini adalah entri aku yang ke-200..
Jadi aku nak make it short n simple.


~ Terlaksana bukan?

Tuesday, January 19, 2010

Jangan Angkat !

Semalam..
Sedang aku belajar bagaimana menjadi petani moden yang berjaya sambil menonton siri rancangan kegemaran aku Criminal Minds..

Ringtone You're Not Alone menjerit kuat tanpa menghiraukan perasaan dan konsentrasi aku yang sedang gigih memerah keringat dengan bercucuk tanam pada waktu malam. Nama pun petani moden.
kan?

Aku yang agak terganggu buat-buat cool dan ambil hp aku untuk melihat siapa empunya pemanggil. dan apa yang membuat aku lebih terganggu bila tengok pemanggilnya adalah
"Jangan Angkat"

Siapa itu "Jangan Angkat"?
Kenapa aku save nombor dia dengan nama "Jangan Angkat"?
Tolong jangan tanya ! sb aku sendiri tak tau..
Berpeluh-peluh jugak aku bila memikirkan siapa pemanggil tu sambil jari-jemari aku menaip pesanan ringkas yang sangat ringkas kepada dia.

"Salam, siapa ni?"

Dia langsung tak reply. Yang dia tahu hanya call, call dan terus call. tapi aku tak angkat. Ini semua gara-gara, aku save nombor dia "Jangan Angkat". Aku tak ingat siapa dia. Aku dah cuba susun memori-memori aku [macam yang Abby Criminal Minds buat semalam] dan mencari-cari kembali memori yang hilang. Hasilnya? Hampa ! Aku masih tak ingat..

Mengikut pemikiran aku yang sederhana ni.. Orang yang nak call selalunya ada kredit or pakai bill. Jadi, bagi aku..tak ada masalahnya untuk "Jangan Angkat" tu reply khidmat pesanan ringkas aku tu.. Kan?

By the way, aku ni tergolong dalam orang yang kurang berminat bercakap di talian. Bukan ape, nanti kalau aku dah cakap di talian bersama lelaki-lelaki..nanti mereka-mereka ni mesti selalu nak telefon. Sb mereka-mereka ni suka dengar suara aku. Manja. Gediks. Kebudak-budakan.
Aku takut golongan ni ketagih je nak dengar suara aku. Selalu nak telefon. Itu yang aku malas tu. Bukan aku nak perasan, tapi.... well.. ahaks !


~ aku saja buat entri gediks...baru nampak girly kan? hahaha

Monday, January 18, 2010

Nombor baru..

Jumaat malam...
betul2 mengganggu emosi dan kosentrasi..

Ada satu nombor baru duk miskol2 phone aku..
dan kami berbalas-balas sms..

"Salam, Ni Siapa ni?"
"Orng lh"
"Ok."
"Awk thu x cpe orng.2 M***t lh ney nbo adk M***t tw"
"Ok."
"Awk ape kdar dh lme xde brte pun"
"Saya dah kawin. Jangan kacau lagi"
"Owh ae ke"

aku tak reply lepas tu...

Lepas ni..aku nak pesan kat korang a.k.a kawan2 aku..
kalau tukar no. baru..bagitau direct..
kalau aku tanyer SAPE NI?? maknenyer aku tak simpan or dah terdelete lah tu nombor korang..
tak payah nak main teka teki dengan aku..bosan tau..
bazir kredit je..

Lagi satu... kalau aku cakap aku dah kawin tu..maknenye aku malas nak layan.. ok?

Sunday, January 17, 2010

Kaitan..

Skarang ni..aku buat-buat penat..
aku konon-konon tolong mak aku kemas stor..lap-lap almari..lap-lap botol...menyapu..sambil makan coklat cloud 9 yang kalau ikut harga pasaran bernilai 50 sen...
sambil-sambil tu..aku merapu-rapu jugak menyanyi lagu yang telah menggegar dunia dengan menjadi sound track filem My Spy arahan Afdlin Shauki..

haih ! anak dara menyanyi kat dapur..
orang tua-tua kata nanti kawin dengan orang tua...laa...ye ke?
mak aku releks je nyanyi kat dapur..kawin jugak dengan ayah aku yang mude staon dari mak kalau ikut surat beranak mereka.
hik..hik..hik..
terasa comel pulak gelak macam tu... (^^,)

Sebenarnyer kan..
tujuan aku buat entri FIRST POST sebelum ni..aku nak tanyer korang..

pernah tak..korang luahkan perasaan korang kat blog..
tak kesah la marah ke...suke ke...minat ke....benci ke...pada seseorang..
n tak semena-mena..orang tu terasa..

kalau ada..ape tindakan korang selepas dia bagitau yang dia terasa?
kalau tak de.. korang nak ke orang tu perasan yang korang benci/suka kat dia sebenarnye?


~ hatiku girang...dapat hadiah laptop.. (^o^)

Thursday, January 14, 2010

First post !

Tengah duduk2..renung2 claim bos..
tetibe teringat masa first skali aku buat blog...
bukan kat blogspot..tapi kat friendster..

kalau tak silap aku..masa tu aku form 5..
aku ada la tak puas hati kat sorang minah ni..
sb one of my fren bagitau aku..
yang minah ni jeles tengok aku rapat ngan 'balak' die...

hello?? kalau la aku ni macam angelina jolie...
mungkin la ko patut jeles...cess !

pastu..aku yang tak puas hati ni..
lepaskan lah geram dekat blog aku kat friendster...
then..
tak pasal2..tetibe 'balak' die komen blog aku...
aiseh ! dia terasa ! (padahal mana aku ade sebut ape2 or mention nama sape2)

apa jadi?? terus aku delete post tu !
isk ! kalau tau aku nak buat entry pasal ni hari ni..mesti aku tak delete post tu...
kalau tak..boley kasi bakar cket orang yang bace..haha


~ rindu kat depa !

Tuesday, January 12, 2010

Semput..

Masuk hari ni dah dua hari aku mc..
demam+sakit tekak+selsema+batuk..
demam dah kebah cket...selsema pun dah ok cket.. cuma batuk n skang ni semput pulak..
lame dah aku tak kene semput..
last kalau tak silap aku dlm tahun 2006..mase aku polibriged..

adik aku pun mc 2 hari..
die kene semput..dah buat nebulizer (aku tak tau ejaan yang betul) pun..masih tak ok lagi..
cian gak kat die..huhu

ape lagi ek..erm..
esok aku dah masuk keje dah..esok kene kuar pagi2..nak hantar adik aku balik uitm..

~ mase sakit ni banyak tido..lepas makan ubat kepala rasa berat je..huhu

Friday, January 8, 2010

Berita Panas !

rasenye kes ni semakin panas...
aku dah selongkar Berita Harian Online..tapi aku masih tak jumpe surat yang PTPO Putrajaya bagi yang kate tak puas hati dengan penggreddan semula gred jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) gred N17 ke SETIAUSAHA PEJABAT GRED N27..

hari-hari ada SUP Gred N27 yang jawab surat tu kat berita harian...JOM LAYANNNN !

Khamis ( 7 Januari 2009 )

KELAYAKAN DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN DIIKTIRAF

PENYELARASAN SKIM PA TAK WAJAR DIPERTIKAI

BEBANAN TUGAS SETIMPAL ELAUN


Jumaat ( 8 Januari 2009 )
TANGGUNGJAWAB PEMBANTU KHAS BUKAN MENAIP SEMATA-MATA

Thursday, January 7, 2010

tak payah baca !

Tengah duduk2 tadi..
tetibe je teringat zaman2 skola dlu..
bile pk2..baru aku perasan..
kenangan zaman skola dlu..x banyak yang menggembirakan..

daripada skola rendah, naik skola menengah..pegi politeknik..sampai la ke tempat kerja skang..
hanya beberapa ketul peristiwa je yang betul2 buat aku gembira..sangat2..
dibuli? diejek? dipulaukan? dikutuk? ditikam? dipijak2? dilupakan? difitnah?
sume aku rase..
dari kecik sampai besau..

masa zaman skola dulu..
bile aku difitnah ! semua buat2 baik depan aku..
(kitorang percaye ko..kitorang tau.. celaka lah korang! pikir aku bodoh! x perasan gerak geri korang? x dengar umpatan korang kat blakang aku? korang kene ingat ! aku x kan lupe sampai bila2)
tp tak ada sorang pun yang percaya aku..not even one !
sampai kene angkat sumpah depan kawan2..pegang Al-Quran...
perkara yang sangat memalukan aku..mengaibkan aku...
aku tak boleh lupe tu... ingatlah korang...
aku tak kan maafkan penabur fitnah tu !
masa tu jugaklah..aku tau yang korang bukan kawan baik aku..
juga ! bukan kawan aku ! Korang pulaukan aku !...
tak pa2..satu hari nanti..korang akan rasa ape yang aku rase..

satu lagi..aku slalu kene kutuk..sb aku gemuk.. x cantik..gedik..
mane layak nak kawan ngan korang kan?..
bermuka2.. depan aku..pijak semut pun x mati..
blakang aku...kutuk habis2san..
bukan aku x dengar semua tu..tp sb korang kawan aku..aku buat pekak je..
konon2 aku x tau ape2..x dengar ape2..
dalam hati aku..ape korang tau???

korang tau tak..?
bile korang kutuk aku..persendakan aku..kat blakang aku..
aku dengar...aku sedey..
sb masa tu..aku tau..aku sedar yang..aku tak de kawan..

dari kecik sampai besau..
bile aku nak berkawan je..mesti orang pandang serong..
buat ape nak kawan dengan aku..? x malu ke?
aku tau...aku paham..tp..aku cume nak berkawan..
baik laki atau perempuan..same je..

kadang2 aku terfikir..
seronok nyer hidup dalam fairy tales..
kite boleh jadi ape saja yang kita nak..
kite boleh dapat ape saja yang kite mahukan..
kite ada kawan baik..kite ada keluarga bahagia..
tp..tu sumer angan2..aku tau..aku kene berpijak di bumi nyata..
x semua indah..x semua teruk..

Astagfirullah..
maafkan aku kalau terlebih kata..
maafkan aku kalau terkasar bahasa..
maafkan aku kalau ada yang terasa..

aku cume perlukan ruang..
untuk aku luahkan isi hati aku..
aku harap..korang paham..

Wednesday, January 6, 2010

Contest Baru Pulak !

Click gambar di atas untuk tahu lebih lanjut tentang contest ni..
Tarikh tutup : ujung bulan 1
Tema contest : Hitam Putih



Motif aku letak gambo ni?? entah??
aku suke gambo ni..


Tag :
~ Lily : DiaRy_ManJa
~ PokCik : Loki Googulz

Tuesday, January 5, 2010

Hakikatnye..

2, 3 hari ni aku bz..
kesibukan yang melampau.. ! atau korang boleh tafsirkan sebagai kelam kabut ketika membuat kerja...
2 hari ni kene ganti kak Yan sb die cuti..
and ni kire minggu kedua la student2 dah naik balik belajar...
semalam dan hari ni.. ramai giler student...aku tak tipu..!

diorg sumer tanyer..
kak ! dekan ade? tda ade?
kak ! kalau saya tinggalkan borang daftar subjek kat akak je boleh?
kak ! kalau nak drop subjek camne? semester khas?
kak ! kalau nak tambah subjek n pa dah sign..kene mintak t/tangan dekan lagi tak?
kak ! kalau saya nak sign dekan tp pa saya belum sign..boleh ke?
kak ! bile last ek boleh daftar subjek?
kak ! dekan dah t/tangan blum borang saya?
kak ! saya nak lapor diri ni..saya student praktikal..
kak ! saya nak tumpang fotostat boleh?
kak ! saya nak tumpang fax boleh?
kak ! lepas saya hantar borang ni kat bpa..lepas tu kene buat apa?
kak ! saya salah hantar borang..saya nak amik balik boleh??

dan banyak lagi soalan yang aku tak berapa mampu nak jawab..
budak2 ni tanyer macam aku tau semua pulak..
aku pun cuak jugak.. kot2 la bos aku tak de..pt p/o yang jaga akademik pun tak de..
tak ke seriau aku nanti kalau ade budak2 tanye..

disebabkan tu lah..aku selongkar segala isi perut beg2 aku..
carik balik buku panduan akademik yang aku dpt mase induksi khusus aritu..
aku ingat nak bace malam..kot2 nanti aku dah master lah konon kalau ade student tanye aku besok..
tapi..skang ni dah pkul 11 lebey..aku x bukak lagi buku ni..
aku duk melangok depan pc ni sambil dengan gigihnye bercucuk tanam..
nampak gayenyer esok aje aku bace pelan2 buku tu..

yang buat aku lagi kalot tadi..
ade 24 permohonan student postgrad..kene tulis dalam borang..
dah tu..mase yang same..banyak giler surat + folder yang nak kene catit sebelum bawak masuk dlm bilik dekan..
aku..biase la..
bile kene buat keje banyak dalam satu masa..
aku mula la pressure..terasa macam bz giler..
padahal kelam kabut je lebey..

ape2 pun..
aku nak tido awal..esok nak g keje awal..
sb..tadi aku lambat punch card..
nasib baik la pegawai aku tu sporting cket..
sudi nak tandatangan borang hadir lewat..
aku bile dah mulakan hari dengan salah..sampai ke petang le gamaknyer aku punya kerja jadi serabai..

dan aku pelik..ramai betul umat kat depan skola time pagi2..
student nyer x ramai..parent pulak yang ramai..
dah la kereta banyak..tibe kat skola je jem.. bile jem je mesti kat skola..
aku dah le lalu kat 4 buah skola..
pagi2 lagi aku dah kalut..huhu

semoga hari esok..menjadi hari indah dan lancar buat aku..aminn..

~ tadi aku beli gelang n rantai kristal dari opismate.. import dari sabah bah.. (^^,)
~ hari ahad aritu aku sambar beg tangan 2 bijik kat JJ..ade S.A.L.E !
~ aku memang boros kalau ade duit..huhu

Monday, January 4, 2010

Kenapa followers tak tambah-tambah?
Kenapa tak ada orang yang komen?


~ Sadis bukan?

Friday, January 1, 2010

Azam tahun baru !

Azam tahun 2010 aku..

Aku nak tulis blog dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris..
Untuk bulan pertama (Januari) aku nak tulis dalam Bahasa Melayu..
Bulan seterusnya Bahasa Inggeris..Bulan Mac Bahasa Melayu balik..
dan seterusnya..

Kenapa aku bagitau??? Sebab aku nak mintak korang tolong remindkan aku..
kengkadang aku ni 'terlupe' atau sengaja melupakan..

Aku tau.. korang pun kengkadang malas nak bace blog aku ni..
nak2 bile aku tulis 'English' terabur..
Aku paham...aku understanding lah konon nye ni..

Siapalah aku..kalau korang x follow..hehe
Thank you very much guys !

Ok! Berbalik kepada azam aku..
Tahun ni aku dah tak nak azam lagi nak kuruskan badan...
dah bertahun2 azam yang same..naik boring da..
badan pun x kurus2 jugak.. makin gemuk adelah..
usaha cket je..kejap je disiplin..lepas tu give up..
jadi aku pedulikan je..azam taon 2000 sampai taon 2009 aku tinggalkan macam tu aje...
[9 taon beb..azam hanya tinggal azam..!]

Jadi..
Untuk taon ni..aku cume berazam nak kurangkan makan je..
tak nak azam besar2..x tercapai nanti macam taon2 sudah..
Betul tak?


~ Sejak kebelakangan ni..emosi aku x teratur..
asik nak bercelaru je..asik nak migrain je..
Haih..masalah..masalah..

~ Yang bestnyer..aku duduk blakang umah pekena angin laut sepoi-sepoi bahasa pun..aku dah rase macam kat New Zealand..best kan rumah aku?
Related Posts with Thumbnails