Tuesday, November 30, 2010

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 3

Cerita ni sambungan daripada cerita Bandung yang lepas.

Esoknya, kami pun keluar dari hotel dalam jam 9 pagi.  Tempat utama yang ingin dituju adalah Pasar Baru.  Pasar Baru itu adalah sebuah pusat membeli-belah yang penuh dengan barang dan orang. Bukan orang-orang.  Kepadatan orang ramai di Pasar Baru adalah sangat padat.

Pasar baru ada 8 tingkat dan sangat agak besar.  Kalau tak biasa, macam boleh sesat.  Tempat perjanjian kalau sesat mestilah dekat lif yang ditengah-tengah.  Nak jumpa tingkat berapa, itu korang punya pasal.  Jangan cari pasal nak jumpa dekat lif yang dekat tepi-tepi bangunan, takut tak jumpa.  Bukan tak jumpa orang, takut tak jumpa lif.  Haha.  Syok sendiri.
 
Kalau nak pergi Pasar Baru, awal-awal lagi aku nak bagitahu, amik masa sehari kalau nak jalan-jalan kat situ.  Kalau macam kitorang hari tu, satu hari tak cukup.  Sangat banyak kedai dan juga barang, dan boleh dikategorikan sebagai murah-murah.  Kalau orang perempuan, pasti suka !

Aku perempuan juga, tapi aku kurang suka.  Mungkin sebab poket kempis pada masa itu dan mungkin juga sebab terlalu banyak baju batik, kain batik, dan jenis kain biasa yang bercorak batik.  Mujur juga tiada kek batik.  Walau macam mana sekalipun, aku end up beli kain batik yang berharga 30,000 rupiah dapat tiga. Ekekeke. Punyalah kedekut.

Cerita mengenai barangan-barangan yang dibeli haruslah di’skip’ dari entri ni.  Kalau tidak, pastinya aku sendiri yang bosan taip satu-satu.  Oh ya, di tingkat atas sekali a.k.a rooftop ada masjid yang tidak berapa besar.  Ok lah kan, dari tak ada.

Dekat masjid ini, ada kaunter untuk pinjam telekung dan loker letak barang.  Mudah.  Dah tu, dari atas bumbung ni pun boleh nampak pemandangan bandar yang cantik.  Sangat padat juga dia punya bandar. 

Kat Pasar Baru ni, majoriti yang aku nampak adalah kedai baju, kedai kasut, kedai beg tangan dan juga tempat makan.  Tempat makan sebelah kedai beg tangan dan kasut je.  Memang sebelah betul-betul.  Duduk dekat meja makan stok-tak-payah-bangun-macam-orang-malas-sibuk-nak-shopping pun dah boleh belek-belek beg tangan yang comel-comel kat belakang seat.  Sambil tunggu makanan sambil usha-usha beg.  Apedehal, ye tak?

Makanan juga sedap.  Nasi goreng pedas satu.  Fuhh!! Memang pedas !  Berair-air hingus. eh, hingus? Hidung la hidung.  Pedas sampai meleleh air hidung.  hahaha.  Yang bagusnya dekat sini, bilik air dia bersih.  Tapi style kena guna gayung dan tak ada jamban duduk.  Tak tahu pulak kalau ada, tapi aku tengok memang tak ada.  ada ke tak ada? ah, apedehal?  Janji bersih. 

Nak masuk bilik air kena bayar 500 rupiah.  Tandas dia pun jauh ke dalam.  Kiranya, terperosok sikitlah dari kedai-kedai yang banyak-banyak tu.  Agak seram sikit kalau pergi sorang-sorang.  T_T.  Dah tu pulak kalau bagi duit buruk yang dah lunyai sikit, penjaga toilet tu tak nak ambil.  Duit lama kata dia.  Hampes betul.  tapi aku bagi jugak duit tu, sebab aku mana ada duit kecik lagi.  semua duit besar-besar.  ceh, berlagak.  haha

Senang cerita, waktu yang digunakan untuk bersiar-siaran di Pasar Baru adalah berbaloi-baloian.  Ni cerita best.  ada jugak yang tak bestnye dekat sini.  Aku boleh sesak napas hokay.

Mall ni bukan kawasan larangan merokok.  bagi orang yang tak suka terhidu asap rokok akan merasakan bahawa mall ini sangatlah tidak sihat.  diekori oleh remaja-remaja yang sibuk nak jual keychain-yang-ada-tulis-bandung, beg beli-belah, air minuman sambil ada antaranya duk-sibuk-kumpul-tar-dalam-jantung adalah sangat melemaskan. 

Bukan saja lemas dengan asap rokok, lemas juga dengan ayat-ayat manis budak-budak tu.  "Belilah bang, belilah kak.  belum pecah telur lagi ni."  "Belilah kak keychain ni, murah-murah".  Pecah telur? Sampai la ni aku tak paham lagi apa kebendanya pecah telur tu.  Along pernah terangkan, tapi masuk telinga kiri keluar telinga kanan.  ah, pedulikan.  tak penting semua tu.

eh, panjang dah ni, nanti sambung lagi. gambar pun akan diupload next time. ok?

......................................................

Monday, November 29, 2010

Selamat Hari Lahir Bonda !


Hari ini adalah hari yang baik. Walaupun hari lain juga adalah hari yang baik, tetapi hari ini adalah hari yang lebih baik dari hari-hari semalam. Diam tak diam dah 8 perkataan hari yang aku sebut. Eh bukan. Korang yang sebut.

Hari ini adalah hari kelahiran bonda ku yang ke-51 tahun mengikut kalender orang putih. Kalau mengikut kalendar islam, haruslah aku malu kepada diri sendiri kerana tidak tahu tarikh yang tepat hari kelahiran bondaku mengikut bulan islam. Maafkanlah anakmu ini wahai bonda.

Walau apa pun, sehingga kini, jejak 22 tahun 3 bulan dan beberapa hari sejak aku lahir, sampai lah sekarang aku masih bertuah dan beruntung kerana masih mendapat kasih sayang bonda. Terima kasih Ya Allah.

Nukilan untuk bonda,

Walau mak marahkan Yaya sebab malas, Yaya terima.
Walau mak marahkan Yaya sebab tak nak masak, Yaya terima.
Walau mak marahkan Yaya sebab asyik tengok drama korea, Yaya terima.
Walau mak marahkan Yaya sebab untuk apa-apa sahaja lah yang patut dimarah, Yaya terima.

Sebab.

Mak lah satu-satunya mak yang Yaya ada di dunia ni. Tak ada yang lain dah. Mak lah the best mom in the whole world. Hari ini kalau ikutkan Yaya dah berumur 8,152 hari. Itu pun kalau tak silap kira. Dah boleh fikir mana baik, mana buruk.

Terima kasih di atas segala ajaran, tunjuk ajar dan kesabaran yang mak curahkan sepanjang 8,152 hari mak menjaga Yaya. Terima kasih yang tak terhingga. Entah bagaimana nak balas budi mak.

Sempena hari yang berbahagia ini, Yaya doakan semoga mak dirahmati Allah, dikurniakan tubuh badan yang sihat walafiat, diberi kemurahan rezeki dan dipanjangkan umur.

Sekian.

Well, aku tak berapa pandai nak berkata-kata. Kata-kata yang aku tulis ni pun tak terluah di depan bonda aku. Entah kenapa. Susah nak ekspresi diri? Entahlah. Dalam hal macam ini, aku jeles dengan mak long aku. Mak long mudah untuk meluahkan ucapan-ucapan terindah dan menyenangkan hati orang yang dirai. Mungkin saya patut belajar semua itu. Kan.

Walau apa pun, Selamat Hari Lahir Bonda ! (^__^)

...................................................

Friday, November 26, 2010

Selca


Selca
Originally uploaded by aboi48

It's been awhile since I took selcas.. 


Friday, November 19, 2010

Blog update !

Meng'update' blog dengan cara menjawab 'tag' dari LiLy.
teringin sangat nak 'update' blog dengan bahan-bahan ilmiah, tapi aku ni kan selalunya hangat-hangat tahi ayam je.  sabar je lah ye.

hati berbunga-bunga je 2, 3 hari ni.  entah kenapa.  tiba-tiba rasa macam nak riang-riang ria.  mood gembira sedang 'on'.  ekeke.  sejak dua menjak ni selalu hujan, sejuk sentiasa.  kadang-kadang tak tahan.  macam manalah agaknya negara-negara yang mengalami musim sejuk sekarang ni. mesti dah nak turun salji. ekeke.

moh layan 'tag' dulu.

1. apa benda yg paling penting dalam hidup?
BENDA? macam-macam, duit, kad pengenalan, lesen, kad atm T_T, handphone dan lain-lain lagi. ekeke.

2. benda terakhir yg korg beli guna duet sndiri?
kalau belanja besar, bateri kereta. T_T. kalau belanja kecil, lunch tengah hari tadi.

3. tempat ingin melangsungkan perkahwinan n tema perkahwinan?
kat rumah aje sudah. hehe.  susah la nak buat kat tempat lain, mana ada duit berkepok-kepok. tema? kalau bab warna, kalau boleh nak kaler hijau macam Ranformers.  kalau tema garden ke bunga-bunga ke, tengok ongkos.hehe.  kalau nikah nak kaler putih la.

4. adakah u all sedang bercinta sekarang?
u rasa? haha.  cinta yang bertepuk sebelah tangan. T_T

5. berapa lama u all akan mncintai kekasih u all?
yang bertepuk sebelah tangan tu ke? mestilah sampai jumpa pakwe betul-betul. haha

6. novel/buku/majalah terakhir yg korang beli?
Learn Chinese for Dummies.

7. antara mak n ayah mana lebih mesra?
Of course lah mak.  Ayah jauh. T_T

8. namakan org yg u all betol2 nak jumpe dalam hidup?
artis boleh tak? nak jumpa Super Junior.. haha
ntah la, kalau boleh nak jumpa dengan orang yang sentiasa menggembirakan dan membahagiakan aku.

9. adakah u all basuh baju sndiri?
tak.  mesin basuhkan.  senang cerita semua mak 'settle'kan.  hujung minggu je aku suruh mesin basuhkan.

10. tempat yg u all betol2 nak pergi?
teringin nak pergi Korea, Jepun and China.  itu yang jauh la.  kalau dekat nak pergi mana-mana pulau peranginan kat Malaysia ni.

11. pilih satu,peluk atau cium?
nak dua-dua.  boleh? haha.  tapi kalau kena pilih, aku pilih peluk lah.  tapi chance dia tinggi sikit je, dalam 55% : 45%.  hehe.

12. tiga (3) benda ttg org yg tag u all?
Cute ! Understanding ! Friendly !

13. benda yg u all sayang sgt2 dlm hidup?
macam-macam.  tak boleh fikir secara spesifik barang apakah.

14. lima lagu paling suka n selalu dgr?
a.  In My Dream - Super Junior
b.  Bingeul & Bingeul - U-Kiss
c.  H.I.T - Super Junior
d.  Rokugo - Super Junior
e.  Open Your Eyes - Maher Zain

15. bila tarikh lahir n kat mana smbut tahun lps?
tarikh lahir - 4 Ogos 1988
tak ingat lah sambut kat mana. kat rumah je kot? ada ke tanya pasal tahun lepas. T_T

16. lima (5) blogger u all nk tag?
kepada sesiapa yang nak jawab, jawab je lah.

-tamat-

........................................................

Wednesday, November 10, 2010

Super Junior 5th Anniversary !


It’s been a long time since I spend my money on singer’s album. The last album that I’ve bought was Celebrity by NSYNC in year 2002. Wow! It’s almost a decade right? I wonder where I spent the money for the last 8 years. Not in my bank account of course..hurmmm ~ T_T

One thing that you should know is that I’ll purchase the album only if I’m a fans. Back then, I was NSYNC and WESTLIFE’s fans so I purchased most of their album and I still have their cassettes (there are few missing T_T).

Here we go ~ Now, I’m Super Junior’s fans. I bet all of you know who is Super Junior right? If you don’t know, just simply click here.

At first, I know that there is a singer group called Super Junior but I’m not interested at all to listen to their music or what so ever. Few months ago, I started to watch Korean drama which I accidently bought it from the internet. To keep it short, I’m now addicted to Korean drama and their variety show. There’s lots of variety show that I followed such as Strong Heart, Star King, Happy Together and many more.

I first saw Super Junior member’s Leeteuk and Eunhyuk on Star King and Strong Heart. They’re hilarious. That’s how I found Super Junior. When I first heard their song ‘Miinah’, I was like “It’s just average though”. There are also lots of articles who claimed that Super Junior is a hallyu star. Wow! That’s big. Then I started to dig their old song, which lead me to ‘Sorry Sorry’. My reaction? “Oh?! It’s them who sing this song”. Haha.

So I dig in deeper to know their old stories, variety show, songs and what so ever. That’s how I started to fall in love with Super Junior. When they released their ‘No Other’ video clip, my cousin said that they’re too feminine just like a girl. She said that only Siwon who looks more manly. Ah~ might be because Siwon is a handsome man, right?

Well, it’s just their opinion, everybody have their own opinion. So do I. It’s not the end; somebody came to me and said that Super Junior is gay. I stand for them and said that they’re not; they might have mistaken Super Junior because of their mini drama. For those who are Super Junior’s fans know better than that, so it’s not offensive for me. That’s when I realized that I’m so into them. (^_^)

Super Junior has gone through lots of hardship and I’m a bit regretful towards Hangeng’s case. He’s such a nice guy and I adore him for being able to fit well in Super Junior. Even though he’s now active with solo activities, I’ll still be his fans because he’s one of Super Junior’s members. It’s just that I have to learn Chinese because I want to watch his drama ‘Stage of Youth’ until it’s finished. I watched it half way because there no subtitle. It’s hard when you’ve to watch a drama without being able to understand it. Poor me. T__T

I love each and every one of them. They’re all have their own strength and abilities. If you know Super Junior, you must know about their subgroups right? Super Junior KRY, Super Junior M, Super Junior T and Super Junior H. Among these 4 subgroups, I’ll choose Super Junior T as my favorite. ‘T’ stands for Trot and I love trot music (^_^).

On 6th November 2010, Super Junior has celebrated their 5th year anniversary. I’m not one of E.L.F, but I’m their fans or can I just assume that I’m an E.L.F? Hahaha. It doesn’t matter if I’m an E.L.F or not because I’m supporting them by purchasing their music. I now have two of Super Junior 4th album, version A and version C and Super Show 1 DVD. Right now, I’m waiting for Super Show 2 DVD to be sent to my house. (^_^).

Congratulations for Super Junior 5th year anniversary!!!!! It was late, but better late than never, right? (^_~)

Super Junior’s top 3 songs (for me):
1. In My Dream
2. Sorry Sorry
3. It’s you

I Love Super Junior !

.....................................................

Wednesday, November 3, 2010

Beethoven


Beethoven
Originally uploaded by aboi48

Listening to beethoven while you're down is inspiring..

Listening to Nsync while you're sleepy is refreshing..

Listening to Super Junior while you're bored is happiness..

Listening to Quran while you're lost is peacefulness..

Related Posts with Thumbnails