Friday, October 29, 2010

Final Exam ~


Selamat berjaya kepada pelajar-pelajar UTeM untuk peperiksaan akhir bermula dalam minggu selepas minggu depan.  Minggu depan study week, study elok-elok, jangan main-main.  I wish you all the best of luck. Chaiyok !

.....................................................

Thursday, October 28, 2010

Stress is UNACCEPTABLE

I'm stress.

Stress is not something that can be taken light of. I can't think well, feels like throwing up, headache. This is serious. I heard that someone can go crazy due to stress.

There are nobody to talk to. Nobody to lean on too.. Got to endure it myself..Taken pictures, watching videos can actually reduce my stress..but what do I went wrong again?

Argh! Stress is not something to joke about. T_T

Monday, October 25, 2010

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 2

Lepas check-in hotel, kami berlapan termasuk Indra pergi cari tempat makan untuk makan malam. Makanan yang direquest pada malam itu adalah makanan orang sunda. Pada mulanya, aku tak berapa faham sebenarnya orang Sunda ni orang apa. Tapi sekarang pun masih belum faham lagi. Mungkin macam Melayu dan Jawa. kot ! Tak pasti. (T_T)

Apa nama restoran ni, aku lupa. Masa datang restoran dia ni, tengah hujan. Nak kata lebat, tak. Nak kata hujan renyai-renyai, pun tak. Biasa-biasa la. Mula-mula masuk restoran dia, first impression, hurm~ biasa-biasa je restoran ni.

Tapi pelayan dia terus bawa kami ke bahagian dalam restoran. Bila dah masuk dalam... Wahh~ Bestnya restoran ni. ekekeke. Yang bestnya, tempat-tempat makan yang diasingkan. Satu family satu pondok. best. best.

Restoran Makanan Sunda
















Pelayan restoran siap payungkan seorang-seorang untuk masuk ke tempat pondok tu.  Service yang bagus. I like~ ekekeke. Oh ya! Pelayan restoran tu handsome-handsome walaupun kurus kering.  Tapi kan, memang orang-orang Sunda ni handsome dan manis-manis belaka.  Putih-putih macam dalam drama-drama Sinetron tu.

Lepas tu, sesi ambil pesanan makanan, makan-makan, promote-promote dodol, bekas nasi dan lain-lain.  Yang paling aku kagum tu, ayam dia semuanya kecil-kecil belaka.  Rasanya puyuh yang jual kat kedai-kedai makan kat Malaysia ni pun lagi besar agaknya.  Kecil sangat-sangat ayam dia. Makan seekor baru kenyang agaknya. hahaha. ok. hiperbola.

Nak simplekan cerita, Restoran ni memang best.

..................................................

Monday Blues ~


Monday blues ~

Mulakan harimu dengan senyuman.. walaupun kerja bertimpa-timpa.. ambil sedikit masa untuk update blog.  nescaya, muka yang berkerut tadi elok sikit gamaknya. 

tengok meja yang berserabut, senyummmmm ~

.........................................................

Friday, October 22, 2010

Missing My Old Life~

Purposely listen to THIS I PROMISE YOU by Nsync before going to sleep.. Now, I can't sleep..While listening to it,really can't hold my tears..there's tons of memory come and go because of this song. Listening to this song with eyes close in a train with a blessful feeling, really make me shed tears. How can I forget those feeling? It was a beautiful memories, but why am I sad right now..? I want to feel that blessfulfeeling again. I miss my old life. I miss Singapore. T_T

Wednesday, October 20, 2010

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 1

Ok.  Bulan lepas, aku, along dan kak long, Hisyam, Pak Uda dan Mak Uda beserta mak aku secara bertujuh pergi bercuti ke Bandung, Indonesia.  Aku ambil cuti hari Jumaat, Isnin dan Selasa semata-mata nak pergi melancong.  Bukan apa beb, nama pun nak melancong, mesti kena cuti lama sikit. kan?  hehe

Ni nak cerita kes kali pertama.  Kali pertama apa? Kali pertama naik kapal terbang Air Asia.  hahahaha. eh? itu je ke Dayah? Lame~ Sila pronouce dan fahamkan dalam Bahasa Inggeris sebab kalau pronouce dalam Bahasa Melayu adalah sangat tidak berkenaan dengan cerita ini. Bukan itu sahaja, ini juga kali pertama naik kapal terbang kecil. 

Kecil dalam erti kata boleh muat dalam 200 penumpang tidak termasuk juruterbang dan para pramugari dan pramugara. Jumlah tu aku main hentam je, tak tahu pun sebenarnya berapa orang boleh masuk dalam itu kapal terbang kecil.  Nak tambah sedap lagi cerita, ini pertama kali jejak kaki di LCCT.

LCCT tu apa? Itu pun tak tahu? Meh aku bagitahu, LCCT tu adalah Low Cost Carrier Terminal atau dalam Bahasa Melayunya Terminal Penerbangan Tambang Rendah, Sepang. ceh! berlagak! padahal benda simple macam ni pun kena google.  hahahaha

Ok, teruskan.  Lepas dah check-in beg-beg, kami pergi mengisi perut dulu.  Nak hidup kena makan beb.  Ceh, padahal memang tengah lapar time tu. Isi perut sekejap dekat Restoran ...... Restoran ...... Restoran ....... (-_-") Ok, kalau aku dah tulis sampai tiga kali tu maknanya aku lupa lah tu.

inilah restorannya.

Lepas makan, kami pun pergi la ke ruang menunggu.  Sambil duduk-duduk tunggu panggilan kapal terbang, perkara wajib mestilah ada sesi photoshoot.  kan? ekekekeke...photoshoot konon, cerita nak gebang aja.  Padahal cuma ada 3 gambar aje di tempat menunggu ni.

peace ~

Setelah berjalan kaki untuk jarak yang jauh tak berapa jauh ke kapal terbang tu, masuklah kami bertujuh ke dalam kapal terbang Air Asia.  Bila dah naik flight, perkara terawesome sekali yang boleh dibuat adalah tidur.  Tidur tu adalah satu nikmat yang korang semua tak boleh nafikan.  betul? hehehe.

tidur

Baru-baru naik kapal terbang memang teruja punya nak ambil gambar di luar.  Bila dah berada di atas,  memang semuanya nampak cantik. 

Bumi Malaysia

Bila dah nak mendarat pun mesti tak nak lepas dari ambil gambar punya.  Punyalah teruja.

Bumi Indonesia

Bila dah mendarat, kena pula berjalan kaki menuju ke imigresen di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara, Bandung, Indonesia.  tak jauh pun jalan dalam 3 minit je.  Lapangan terbang dia kecil je.  Kami boleh ambil gambar tu lepas turun dari kapal terbang.  Hebat tak hebat ! hahaha
Kalau dekat LCCT tu mestilah dah kena marah, nak kena langgar kapal terbang ke? hahaha

Lapangan Terbang Bandung

Kami kena beratur masa nak cop passport tu. Beratur pun nak kecoh?  tak de lah sangat, tapi sebab airport dia kecil, jadi kami pun kena beratur sampai keluar-luar.  Kaunter imigresen cuma ada dua je. Tempat dia scan bagasi-bagasi kami pun sebelah je dengan tempat kami beratur. 

Tengah-tengah beratur tu, guard yang jaga tu suruh kami dan beberapa orang lagi untuk berehat dulu di bahagian laluan untuk domestik.  Banyak kerusi.  Bagus.  Masuk toilet.  Fuhh !! Salute beb.  bersih.  hehe.  First impression untuk Bandung.  Not bad. (^_^)

nampak tak lelaki berbaju putih di sebelah kanan?
tu tengah punggah beg tu.

bersesak-sesak time ni.

Yang bestnya kan.  Kaunter imigresen ada 2 je.  Tapi tahap secure? security? tak kesahlah yang mana satu pun perkataan dia, memang superb.  Jangan main-main.  Sepuluh-sepuluh jari tangan korang diorang scan.  Siap ambil gambar lagi.  Aku memang terkejut betul.  Mula-mula dua-dua ibu jari.  lepas tu, 8 jari lagi scan.  lepas tu senyum, pandang kamera.  Klik ! Fuhh, pengalaman tu. hehe.

Dah sudah semuanya, kami pun terus disambut oleh ejen yang Pak Uda dah carikan.  Naik van.  Van dia punya besar macam bas mini. Boleh masuk dalam 12 orang dalam van tu.  Selesa betul.  Patutlah bayar mahal. T_T 

Dah masuk van terus je Indra tu bawak kami pergi check-in hotel Naval.  Hotel Naval ni terletak di Jalan Sukajadi bertentangan dengan Pusat Refleksologi. First impression? Macam best. (^_^)

di lobby hotel

bersambung.....
......................................................

Another hope ~


Teringin untuk melihat sekali lagi matahari terbit.  Ini adalah gambar pagi semalam.  Itu pun kalau tak silap lah.  Lupa.  Pagi tadi tak nampak matahari sebab jerebu teruk.  Rumah dekat tepi laut ni nampak sangat kalau jerebu.  Langsung tak nampak matahari.  Tapi sungguhpun tak nampak matahari, cahayanya masih lagi menerangi alam ini. eceh! hehe

Harap-harap masih dapat melihat betapa cantiknya matahari terbit pada esok pagi. 

.....................................................

Tuesday, October 19, 2010

Hari Ini Juga Hari Sibuk ~



Hari ni sempat la juga edit sikit-sikit gambar.  Itu pun awal-awal pagi.  Dah tengah hari sampai petang ni belum sempat lagi nak tinjau-tinjau or terjah-terjah blog orang lain. konon-konon sibuk, lagipun mood kerja baik hari ni. 

Rasa seronok bekerja walaupun ada la sikit-sikit rasa macam kurenggg... tapi tak apa.  Asalkan kerja siap, dah kira ok.  Sebenarnya baru tahu pasal web yang boleh edit foto sesuka hati.  Sesuka hati maksudnya sesedap rasa.  Tapi tak berapa sedap sebab kena sign up or bayar untuk guna application yang boleh di kira hebat bagi orang-orang yang rabun IT macam aku ni.

Web yang aku duk gode dari tadi tu adalah web picnik dan web fotoflexer.  tapi fotoflexer tu tak best sangat lah sebab slow.  aku ni lemah sikit lah kalau slow-slow ni. walaupun aku seorang yang slow tapi aku kurang sabar sikit orangnya.  So, web picnik ni je setakat ni yang aku rasa ok.

10 minit ambil masa tulis blog.  ok lah tu kan.  sambung kerja. sambung kerja. Sekian.

.......................................................

Friday, October 15, 2010

Izzyan Nur Zafreyna


Izzyan Nur Zafreyna
Originally uploaded by aboi48

At Zafiqah's House.. visiting Zafreyna who's 27 days old.. I'm jealous..

Bandung Electronic Centre (BEC) ~

Dah hampir dua minggu balik dari Bandung tapi masih belum update-update lagi pasal Bandung kan.  Gambar dah dapat semuanya, tinggal nak pilih-pilih je nak letak dalam blog.  tunggu je lah ye.  hehe.

Sebelum aku cerita secara penuh dan lengkap mengenai pengembaraan aku dekat Bandung, aku cerita dulu pasal salah satu tempat yang aku singgah semasa di Bandung.  Bandung Electronic Centre (BEC).  BEC adalah sebuah pasaraya lah kalau boleh diumpamakan.  Pasaraya untuk barangan-barangan elektronik. 

Actually, tak ada dalam perancangan pun nak singgah dekat sini.  Tapi disebabkan Hisyam berusaha untuk mencari handphone Nokia X8 *kalau tak silap aku. tak ingat.* Jadi, dia pun requestlah nak pergi ke BEC ni.  Dapat tahu mengenai BEC ni pun daripada kawan dia yang belajar di Bandung sekarang ni ambil jurusan perubatan.

Pendekkan cerita, sampai lah kami dekat BEC ni.  Kami datang awal sangat.  BEC belum buka.  Ramai sangat remaja-remaja yang duduk tunggu di luar bangunan untuk masuk.  So, kami pun jalan-jalan la dekat Factory Outlet seberang jalan untuk beli belah dulu.

Dah tu, pendek cerita lagi. Kami pun masuklah dalam BEC.  First impression? Not bad.  Meriah gila.  Ramai sangat orang.  tempat pertama tuju, Kedai NOKIA lah yang pastinya.  Bersesak-sesak.  I don't like.  huhu.

Disebabkan ramai sangat orang dekat kedai NOKIA tu, kami pun decide nak jalan-jalan dulu.  Aku pulak, macam orang jakun.  wah, banyaknya kedai handphone.  semua kedai handphone ke? murah ke tak ek? dann.. macam-macam lagilah soalan yang aku utarakan pada masa tu. Serius jakun. haha.

Sambil jalan-jalan sambil survey-survey harga.  Sebenarnya kalau ikutkan harga dia tak de la murah mana pun.  Lebih kurang kat Malaysia juga.  Hanya beberapa barang je yang boleh diconsider sebagai murah sikit dari Malaysia.  Yang bestnya bila dah jalan-jalan tu nampak pulak kamera banyak-banyak. 

Ada kamera DSLR kalau tak silap, siap lense + extra lense + apa lagi entah *tak sure ah, aku bukan pandai pun pasal kamera-kamera ni.. T_T* dalam 4 juta rupiah harga dia.  Bila dah convert duit kita, harga lebih kurang je dengan dekat Malaysia.  So, better beli dekat Malaysia kan, kalau rosak ke apa ke senang nak betulkan.

Dah tu, jalan-jalan lagi.  Aku kalau berjalan tak beli apa-apa kan macam tak patut. hehe.  Jadi, aku pun grab lah external hardisk Seagate satu.  320GB rasanya.  entah la ye. Lupa.  yang pasti beli external tu guna duit adik aku dulu sebab aku punya duit Rupiah tak cukup. ngeh ngeh ngeh.  500 ribu Rupiah harga external tu. Korang convert lah sendiri duit dia. (^_^)

Barangan elektronik lain banyak juga.  laptop semua bagai.  Tapi disebabkan kami dah ada laptop, jadi tak heran sangat.  dah penat jalan.  Singgah balik semula dekat kedai Nokia yang mula-mula tadi.  Memang mendapat sambutan hangat betul kedai tu.  ntah apa sebabnya.  

Disebabkan Nokia X8 yang Hisyam cari belum keluar.  Kami pun tanya lah iPhone4 tu harganya berapa.  Nak tahu berapa? 10 juta 600 ribu Rupiah.  tergamam aku sekejap.  ok. ok. 10 juta lebih. berapa ek? berapa ek? Ohhhhh... dalam RM3,000++ juga lah.  Lebih kurang je la kan dengan yang dekat Malaysia ni? 

Kesimpulannya, barangan dia sama lebih kurang harga dengan kat Malaysia.  Jadi, kalau pergi Bandung, Indonesia tak payah lah cari barangan elektronik.  Datang shopping baju batik lagi baik.  Boleh pakai tiap-tiap hari Khamis.  hehe.

Moh, layan gambar. *gambar penyek, tak tahu kenapa*.

Istana BEC

Banyak gila nombor telefon.  XD

Antara deretan kedai



inilah kedai Nokia yang ramai sangat orang tu


Barisan kedai makan

Ingat nak ambil gambar curi-curi, tapi minah ni terperasan pula


Oh ya ! Mak kata air ni dulu-dulu ada dekat Malaysia. 
Aku first time jumpa. T_T


p/s : Apa-apa pun, tempat ni memang best.

........................................................

Thursday, October 14, 2010

Keindahan Alam ~

Selamat Pagi ~

Lama dah rasanya tak update blog ni macam biasa.  Duk hentam 'live blogging' je kerjanya.  Bukan apa, *dah mula nak buat alasan* aku ni kan jenis yang nak mudah je semua kerja.  Jadi, buat masa sekarang ni hanya itulah cara yang paling mudah nak update blog bila-bila teringat.  Bukannya sentiasa je ada mood nak update blog kan.

Hari ini adalah hari yang indah.  Matahari terbit dengan sangat cantik.  Membuatkan hati yang biasa-biasa saja nak pergi kerja menjadi tenang dan gembira.  tak percaya? Cubalah lihat matahari terbit.  Saya pasti ! Anda pasti akan mempunyai perasaan yang sama. Senang cerita, bangun pagi lah beb ! kekekeke.


gambar ni ambil pagi tadi guna kamera handphone je.  pastinya kalau ada kamera DSLR dan aku tidak berniat nak pergi kerja, mesti dah ambil gambar matahari terbit tanpa rasa jemu.  hehe.

tapi kan, bila tengok gambar ni lama-lama macam rasa sedih.  alangkah bagusnya kalau dapat duduk dan menghayati panorama yang indah macam ni.  Belum tentu esok dapat tengok lagi matahari terbit atau tidak. kan.


Cantik kan? Matahari dilindungi oleh kepulan-kepulan awan.  Cahaya matahari yang memancar di sebalik kepulan-kepulan awan betul-betul buatkan aku terpesona.  Susah nak describe dekat korang macam mana perasaannya. 

keindahan alam boleh membuatkan seseorang itu berasa tenang.  memang betul.  sangat setuju.  Sejak kebelakangan ni, jiwa aku kacau.  Sebab terlalu banyak masalah? aku tak rasa macam tu.  Jiwa kacau tanpa sebab.  kadang-kadang tak senang hati.  selalu terganggu *easily distracted*.  Jadi, sejak kebelakangan ni, aku kerap ambil gambar alam sekitar.  Sangat seronok.  Timbul perasaan yang sangat bagus semasa mengambil gambar. Puas hati.


dan, aku akan terus mengambil gambar untuk menyukakan hati aku ni.  hehe.  dengan menulis entri ni pun hati dah rasa berbunga-bunga.  Aku tidak akan berhenti dalam menghayati nikmat yang Allah telah berikan kepada aku. InsyaAllah.


p/s : tahukah kamu bahawa gambar terakhir hanyalah taman kecil di tepi traffic light? ekekeke. (^_^)

..................................................

Tuesday, October 12, 2010

Sunshine


Sunshine
Originally uploaded by aboi48

I'm in a good mood today.. (^_^)
 To see a beautiful sunshine just made my day.. It must be good if I can wait for the sun to shine at the top of the hill.. I feel like crying just by imagine it. To get to see such a beautiful nature can make me cry so easily.. I don't know how to describe about how thankful I'm to be able to see.. Thank you Allah..

Monday, October 11, 2010

Gloomy


Gloomy
Originally uploaded by aboi48

The sky was so bright these day.. But I don't know why am I feel burdened.. Don't really know how to cheer my heart to be as bright as the sky.. Am I lonely?

Thursday, October 7, 2010

Ayam Penyet Lamongan


Ayam Penyet Lamongan
Originally uploaded by aboi48

Currently eating Nasi Ayam Penyet at Ayam Penyet Lamongan MITC.. I suddenly missed Bandung.. kekeke (^_~)

Friday, October 1, 2010

Beautiful Day ~


Beautiful Day ~
Originally uploaded by aboi48

Everyday is a beautiful day..
Going to Dr. Izan's open house..
I'm so hungry, didn't eat breakfast this morning.. Now I'm going to fill up my stomach with lots of food.. (^_^)

Related Posts with Thumbnails