Hari ni dah tukar contact lens baru. raya punya contact lens. ceh! raya pun nak tukar contact lens. mengada !
baru hari tu aku cakap aku suka pakai contact lens yang jernih, yang tak ada kaler punya. Sekarang ni dah buang tebiat pergi pakai contact lens kaler. kaler cocoa lagi kau ! haha
hujung minggu lepas, jalan-jalan dengan Hisyam pergi Mydin, Ayer Keroh. dekat situ tengah buat promosi besar-besaran pasal Maxim Contact Lenses ni. Selalunya aku tak ada lah heran sangat pun kalau diorang ni buat promosi contact lens ke cermin mata ke apa ke. tapi bila tengok je promosi Maxim Contact Lenses ni. Terus aje aku singgah tanpa teragak-agak. boleh gitu? haha
lepas tu aku terus je beli, tak nyempat-nyempat nak fikir ada duit ke tak. kene tunggu 2 hari baru dapat contact lens ni sebab aku letak power. go go power rangers ! ok. gedik. alasan disebalik pembelian contact lenses ini adalah sangat-sangat mengarut ok. mengada nak beli contact lens colour padahal dekat rumah masih ada 3 pasang lagi contact lens clear yang aku beli bulan lepas. membazir. membazir.
alasannya,
sebab duta dia, Super Junior's Lee Dong Hae. haha
aku ni kan sejak kebelakangan ni minat gila-gila punya dekat super junior. selalu la jugak nampak or terbaca pasal Lee Dong Hae ni jadi duta Maxim Contact Lenses kat Thailand.
tapi sebab sebelum-sebelum ni aku memang belum pernah nampak contact lenses ni kat mana-mana, jadi aku tak amik port sangat. tu yang bila tiba-tiba je diorang buat promosi kat Mydin hari tu, terus aku grab je tanpa fikir panjang. Contact lens yang 3 pasang kat rumah tu bila nak pakai? T_T
Jadi, dapatlah aku simpulkan dekat sini. artis yang terkenal ni memang boleh jual barang punya ! haha
Pelanggan-pelanggan dia adalah orang-orang yang macam aku ni la ~ mudah terpengaruh.
disebabkan ni first time aku pakai contact lens colour. meh aku tepek gambar sikit.
nampak la besar sikit kan anak mata aku tu. (^_^)
nampak tak design dia?
oh! hari ni tak berbedak sangat. teheehee
Ok. lepas dah draf panjang-panjang entri ni, rasa bosan pula. mood kerja juga sudah semakin berkurangan. dari pagi tadi, hanya scan dua surat sahaja. tiada mood nak buat filing dan tiada mood untuk mengapa-apa.
buat kawan-kawan, saudara-mara, cikgu-cikgu dan siapa-siapa ajelah, mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. kosong-kosong ye? (^^,)
p/s : aku pakai yang kotak biru punya.
....................................................
No comments:
Post a Comment
if do you wanna say something...just wrote it down guys...