Monday, August 30, 2010
Hidup dalam mimpi.
aku hanya mampu bermimpi.
mimpi yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan.
mimpi yang tidak mustahil untuk dilaksanakan.
mimpi yang penuh dengan harapan dan kegembiraan.
tapi sayang...
semua itu hanya mimpi.
ah~ rasa macam nak menangis.
perlu berhenti bermimpi ! mesti !
tapi...
aku memerlukan mimpi-mimpi itu untuk buat aku kembali hidup.
berpura-pura gembira.
berpura-pura senang hati.
berpura-pura sangat sihat.
sangat meletihkan. jiwa sakit.
hanya disebabkan mimpi, aku gembira.
dan
hanya disebabkan mimpi, aku sengsara.
ah~ sukarnya nak luahkan kepada siapa-siapa. T_T
perlukah aku bangun dari mimpi?
........................................................
Thursday, August 26, 2010
Gembira Setiap Hari ~
"If you fill your heart with regrets of yesterday and the worries of tomorrow, you have no today to be thankful for."
~ Unknown
Lepas je aku terbaca kata-kata ni, buat aku teringat beberapa perkara yang aku sampai sekarang regret lah. kalau ikutkan selama 22 tahun dah hidup ni, macam-macam juga benda yang patut dikesalkan. ekeke.
kalau ikutkan benda pertama yang aku selalu regret adalah tabiat pemakanan. susah beb kalau dah biasa makan-makan ni. jangan kata dulu-dulu punya tabiat makan yang dikesalkan. sampai la ni duk sibuk nyesalkan makan banyak masa berbuka semalam. konon hari ni tak mau la menyesalkan sebab makan banyak time berbuka nanti. tapi, siang-siang lagi mak aku dah suruh aku pergi beli KFC untuk buat berbuka. tak ke aku punya nafsu lapar tu semakin lapar?
yang jatuh nombor dua pula, menyesal sebab tak apply betul-betul nak sambung belajar apa lepas SPM hari tu. makin tikam aje apply poli punya course. last-last, jadi secretary la aku. it's fate. tak boleh nak argue lagi dah benda yang dah lepas, kan? i've to move on.
dan about the worries of tomorrow pula. aku decide untuk apply course Sastera Inggeris untuk sambung degree aku. yakin ke aku? seriously, 50:50 je confident level aku untuk ambil course tu. the only reason yang aku dapat fikirkan kenapa aku pilih course tersebut adalah kerana aku sangat-sangat cemburu dengan orang yang pandai berbahasa Inggeris dan aku teringin sangat nak developt my confident level in speaking different language. related ke?
to see the other who can speak well in different language macam mandarin ke, arabic ke, japanese ke, english ke, betul-betul buat aku cemburu. sekarang sibuk nak belajar-belajar bahasa-bahasa tu semua bagai. tapi... sampai la ni, aku dapat simpulkan satu je. it's hard to learn somethin' without a teacher.
susah beb. belajar sendiri. bila confuse about somethin', susah nak cari jawapan. T_T
p/s : saya akan hidup pada hari ini dengan mengumpul lebih banyak kenangan yang manis untuk dikenang pada masa akan datang. ;D
.......................................................
Tuesday, August 24, 2010
Resemblence ~
Pernah tak korang rasa tertarik kepada kaum sejenis korang? tak pernah? ye ke tak pernah? bagusnyer la hai. haha.
aku pernah sey 'ter'feeling macam tu. bila fikir-fikir balik, sangat menakutkan okay! bukan setakat tertarik je. tapi, rasa macam nak tenung lama-lama sampai dia perasan yang aku ada minat kat dia. haha
nak dijadikan cerita, ahad lepas aku bawa mak pergi beli barang-barang dapur sikit dekat kedai cash & carry kat bandar sana. kelakuan dan citarasa aku sangat normal pada pagi kejadian tu. masih lagi tertarik kepada lelaki-lelaki yang lalu lalang. normal. memang normal.
then, bila dah selesai cekut-mencekut barang keperluan yang tak berapa perlu..kitorang pun beratur le, nak bayar. jeng. jeng. jeng. bila je terpandang juruwang tu.
*bang! nice shot!* terpana! haha
sebijik macam Heo Young Saeng beb. tapi versi perempuan la. seriously, memang sama ! dengan muka yang agak mirip, gaya rambut pun lebih kurang, memang sangat memeranjatkan. berdebar sey aku tengok dia. normal ke? tak kan? tak kan?
*oh, tidak!!!!!! >_<*
mesti korang fikir, apakejadahnya tengok kaum sejenis pun boleh debar-debar? ye tak? ni aku bagitau, eventhough dia perempuan, tapi dia nampak sangat hebat. berkarisma lagi. ada style.
haishhhh !! tak mahu cerita lagi lah. seram. macam ada kecelaruan personaliti pulak. bahaya. bahaya. mintak dijauhkan daripada sebarang perkara-perkara yang tidak elok. amin..
......................................................

Friday, August 13, 2010
22 tahun dah. Lama dah hidup ke?
"And in the end, it's not the years in your life that count. It's the life in your years."
tahun ni sudah masuk 22 tahun.
sudah semakin tua.
menjadi semakin takut. semakin kalut.
fikiran bercelaru.
tapi masih perlu fikir untuk beli baju baru.
hati tidak menentu.
tapi masih perlu fikir untuk cari calon dulu.
badan sakit-sakit.
tapi masih perlu fikir untuk kembungkan poket dulu.
duduk termenung.
sibuk duk fikir. apa yang dah dapat dicapai dalam 22 tahun ni?
termenung lagi.
kenapa tak banyak kenangan yang boleh dikenangkan dalam 22 tahun ni?
migrain datang.
terfikir sendiri.
berapa tahun dah sebenarnya aku hidup?
berapa banyak ilmu dah amal?
berapa banyak duit dah kumpul?
berapa ramai kawan dah ada?
berapa banyak kebajikan dah buat?
arghh... migrain semakin teruk.
22 tahun. terlalu banyak yang disia-siakan. terlalu banyak yang ditinggalkan.
mungkin sebab terlalu pahit untuk dikenang?
menangis.
tidak boleh hidup dalam penyesalan. tidak. jangan. kena kuat.
mencari.
belum jumpa. kawan susah senang. untuk menangis bersama.
menangis lagi.
masih seorang. hanya ada keluarga.
sunyi.
aku salah? introvert? selfish?
tinggal sendiri.
22 tahun.
masih tidak yakin. masih di belakang.
kenangan pahit.
lebih kuat. lebih dominan.
kenangan manis?
direka. mimpi?
hati sakit.
menangis? tidak boleh. tidak boleh. kena kuat.
masa depan.
kabur. kurang usaha? atau hidup dalam mimpi? tidak berpijak pada bumi yang nyata?
terlalu rumit.
yakin.
lebih baik dari semalam. pasti!
kenangan.
jadi pedoman.
masa depan.
adalah cabaran.
hari ini.
perlu dipenuhkan.
emosional? sikit ah. 22 tahun sudah.
macam tiada life. dull.
kena hidup dengan gembira selepas ni. pasti fun. kan?
Enjoy your life while you still can. (^_^)
...........................................
Be Nice to People On Your Way Up
"Be nice to people on your way up because you'll meet them on your way down."
~ Anonymous
Sempena bulan Ramadan ni, hati ni tercuit-cuit nak kongsi cerita yang boleh dijadikan pedoman sedikit sebanyak. hehe. bukan apa, sedikit sebanyak dapat memperingatkan diri sendiri jugak. (sangat annoying bila baca sedikit sebanyak, sebanyak 2 kali T_T) teehee...
Melor (bukan nama sebenar..alah, kalau aku tulis nama sebenar pun bukan korang tau, ye dak?) ni seorang budak pandai. Disebabkan dia sangat pandai, dia dapat belajar tinggi-tinggi sampai oversea sana amik jurusan ala-ala bisnes. bila dah grad, balik Malaysia terus dapat kerja sebagai penolong pengarah sebuah syarikat swasta.
Bukanlah nak ngumpat apa semua bagai. bukan >_<. tapi Melor ni sombong, garang, ala-ala perfectionist sikit kat tempat kerja. budak-budak ofis semua takut dan menyampah! dan dia ni seorang yang workaholic jugak kalau korang nak tau.
bagi dia, salah typo tu ibarat macam dah buat kesalahan besar lebih kurang macam menyeleweng duit syarikat ar. berhambur-hambur marah dia tu di segenap ruang bilik dia. panassss !! (gaya bercerita kena gebang beb..haha)
lagi satu, pantang betul dia kalau nampak orang nak pergi minum pagi..bagi dia, pagi-pagi mana ada waktu sarap. sapa kata boleh turun ofis pergi minum masa pukul 10? siapa nak buat kerja kalau semua pergi minum pagi? haih..kalau dah nama perempuan, bebelan dia mestilah sampai ke tahap macam tu. hyper, hyper annoying.
ok, ok. ringkaskan cerita. dia ni dapat naik pangkat. wah! naik pangkat beb. makin naik la tocang dia. then, nak dijadikan cerita. dia ni telah dipedajalkan oleh kawan-kawan bisnes yang status ala-ala setaraf dengan dia. kondem dia semua bagai dalam meeting dengan board of director. eceh. hehe. alah, macam dalam cerita drama-drama melayu tu. kesahnya sekarang, sudah jatuh terduduk lah si Melor tu.
bila dah telangkup, mulalah si Melor ni nak cari orang-orang yang sebelum ni di bawah pengurusan dia untuk back up dia. tapi, apa jadi? sorang pun tak nak bantu dia. dia bukan saja tak dapat sokongan moral. malah mendapat serangan bertubi-tubi (ni kes yang ada mulut laser la) sampai dia menjadi sangat depressed. tak boleh buat apa beb. ni la orang kata revenge. kan? ni boleh kata macam "you'll get what you give" lah.
So, korang dapat tak tangkap apa moral daripada cerita ni?
Moral dia = Jadi bagus untuk orang-orang di jalan sampai kerana anda akan bertemu mereka di jalan bawah. apakah?? wahahahahahaha >_< sangat tidak boleh blah!! muahahahaha. (translated by uncle google)
ahaha.. geli-geli perut aku tahan gelak. ekekekeh..
Kesimpulannya, berbuat baiklah kepada semua orang semasa kita masih lagi dibawah dan jangan dilupa semasa kita berada di atas kerana kita akan berjumpa dengan mereka apabila kita kembali berada di bawah. ingatlah! roda sentiasa berputar.

Thursday, August 12, 2010
Cinta & Penantian
"Love is just a word until someone comes along and gives it meaning"
Saya masih menunggu orang itu. (^_^)
Cinta yang mudah diungkapkan...adakah benar-benar ikhlas dari hati?
.......................................................
Wednesday, August 11, 2010
Antara sebab kenapa jangan jadi gemuk !
Gambar ni mengingatkan aku masa zaman aku belajar-belajar dulu. kalau tak silap aku masa Poli Briged. gila ah, kena panjat pokok tinggi then lalu atas tali merentas air terjun. tak le besar mana pun air terjun dia tu.
masa tu, aku pilih nak buat last-last sebab bila orang mula-mula ni ramai sangat yang amik perhatian. yang tukang gelak ada je sekeliling. bila buat last-last ni, orang dah tak ramai. tak de la malu sangat.
tapi yang jadi masalah nya, bila dah tinggal sikit kat belakang, mulalah semua berebut-rebut nak naik dulu. last-last, tinggal aku sorang perempuan last. ada la tinggal 2,3 orang lagi budak laki belakang aku.
nak panjat pokok guna tali, nampak je senang. tapi bagi orang gemuk macam aku, susah beb. terswing-swing aku sekejapan kat atas tu tak boleh naik. nak tak nak, terpaksa la budak-budak laki tu tolak aku naik atas.
daripada tak nak malu gena gelak dengan orang-orang sekeliling, free-free je aku kena gelak dengan 2,3 orang budak laki tu. tak kesahlah, aku dah biasa dah pun. kan.
then, dua tiga tahun lepas tu. benda sama jadi lagi kat aku. masa kursus orientasi aku dulu. kena panjat benda alah kat bawah ni:
susah beb. kena la dua tiga orang tolak aku kasik panjat batang-batang tu semua bagai. aku jatuh beb dari atas tu. sakit gila, terhuyung-hayang juga aku sekejapan. T_T
nasihat aku, jangan lah jadi gemuk. jagalah kesihatan korang semua. ok? ^_^
.......................................................
Tuesday, August 10, 2010
Try to be in someone else's shoes !
Sejak beberapa hari ni, aku asyik la teringatkan satu scene di mana aku agak sedikit S.E.N.T.A.P. !
kita biasa berbual-bual dengan kawan-kawan tentang life kita, surrounding kita, opinion kita dan semua tu biasa kan?
ada satu hari tu, bila kami berkumpul pastilah macam-macam cerita yang nak diceritakan mahupun digosipkan. ye tak?
then, one of my friend ni mula la cerita about life dia pada kami. dia dah ceritakan kat aku kisah hidup dia tu. but, aku cuma biarkan sahaja dia bercerita, pada pendapat aku mungkin rakan-rakan lain belum dengar lagi. so, let her be.
bila sahaja dia bercerita, there's one of us suddenly mencelah and bercakap dengan kuat. quite loud la for me. dia cakap, "hey, kan dah cerita pasal tu sebelum ni?"
i was a bit shocked. really!
why don't just let her be? aku betul-betul speechless masa tu.
kesian aku tengok kawan aku ni tadi. dia macam tergamam dan tak kena gaya jadinya bila kena sound macam tu. i just don't feel it right. mulut aku memang betul-betul berat nak membela mahupun membidas masa tu. kesian sangat.
kenapa aku rasa dia tak patut buat macam tu?
sebabnya kan, aku pun suka bercerita. dan kadang-kadang aku tak sedar yang aku cerita benda yang sama pada orang yang sama. so, bila orang cerita berkali-kali pun dekat aku, aku akan biarkan sahaja dia bercerita. sebab, mana tau mungkin aku pun jenis yang bercerita berkali-kali?
benda ni kan di luar kawalan kita. so, bila kawan aku kena sound macam tu. sedikit sebanyak, aku pun sentap jugak wey! biar pun bukan aku yang kena sound, aku tetap rasa dia tak patut buat macam tu dekat orang lain.
maaflah kalau aku ada cerita benda yang sama sebelum-sebelum ni. sebab aku ni kadang-kadang tak perasan yang aku dah cerita benda tu sebelum ni.
satu je aku nak korang fikir, cubalah korang yang berada di tempat dia pada ketika tu. apa yang korang akan rasa?
sama-samalah kita muhasabah diri kita balik.
......................................................
Saturday, August 7, 2010
Live dari MajLis Konvokesyen UTeM ke-6
baru beberapa jam, kaki aku dah lenguh gila..berdiri di pintu menyambut ibu bapa agak seronok..seronok sebab apa?
seronok sebab sepanjang hari kene senyum..mood x baik pun masih kena senyum..jadi, bila selalu senyum, pastilah hari kita akan menjadi ceria..betul x?
Ok lah..nak sambung kerja..
.,....,...........,.............

Friday, August 6, 2010
So much love on my birthday
"I felt so much love on my birthday"
Semalamadalah hari lahir aku yang ke-22 tahun. (dah 2 hari lepas..tak nyempat-nyempat nak post)
hah?? 22 tahun dah?? kejap je kan.. tapi aku masih rasa yang aku ni macam remaja-remaja lagi..dah masuk golongan wanita-wanita dah ni sepatutnya..betul tak?
tepat pukul 12 tengah malam, aku ni duk tunggu la sapa yang nak wish..
tau siapa? tak ada siapa pun ! sedih tak? sedih tak? aku tak rasa sangat, sebab aku duk sibuk layan video malam tu..hehe
bila dah pagi tu, orang pertama ucap selamat hari lahir kat aku mestilah emak kan. apa-apa pun emak pasti tempat pertama. kedua, pastilah nenek. sebab nenek ucap masa aku salam nak pergi kerja. tempat ketiga, ayahlah yang pastinya. cukuplah aku tulis sampai tiga, kalau nak tulis semua pastinya entri ini akan menjadi entri terpanjang dalam sejarah penulisan aku. ye tak? sebabnya, kalau dicampurkan mesej ucapan selamat hari lahir kat dalam handphone, email, facebook mahupun secara lisan, pastinya tidak larat kamu semua nak membacanya. jangan kata kamu nak baca, aku yang nak menaip ni pun macam tak kuasa!
bila pergi kerja, pastilah rakan sekerja aku ucap selamat hari lahir kat aku. suka ke? mestilah! then, diorang belanja aku McD. McD je? oklah tu.. jangan nak demand lebih-lebih pulak..hehe
yang tak bestnya, facebook tak boleh bukak pulak dari pagi melarat sampai ke petang. asal nak bukak facebook je komputer hang..asal bukak je, komputer hang.. lama-lama aku sendiri hang!
walaupun ada ucapan selamat dalam handphone, tapi tak semeriah mana pun. tak ramai yang wish guna handphone. kawan-kawan rapat dan ahli keluarga je yang mesej guna handphone. balik dari office, emak cakap tak ada apa-apa hadiah. semua orang cakap poket tengah kering. tak pe, tak pe.
then tiba-tiba, nenek panggil suruh potong kek. kek?? kek birthday?? haha, ada kek.. yeay! yeay! ada kek birthday. wah! nampak riang tak? riang tak? haha
tak dapat hadiah, dapat kek pun jadilah kan. hehe
dah tu, lepas maghrib. nenek, mak ngan Hisyam panggil aku. Senang cerita depa bagi hadiah kat aku. Nenek kasi baju kurung, mak bagi beg tangan, Hisyam kasi kasut. ngeh ngeh ngeh. >_<
suka gila okay ! dah tu, semua barang tu kena dengan taste aku. thanks to my adik, taste dia memang sama macam aku. haha.
Malam tu, lepas posing-posing sikit dengan hadiah. aku bukak facebook. wahhhhhhh ! sangat banyak ucapan birthday. suka tak? suka tak? pastilah! sangat-sangat terharu. ceh! cakap nak gebang. haha.
tapi, korang-korang yang wish tu, memang best lah! i felt so much love on my birthday. thanks to you guys. (^_^) aku ambil masa lebih kurang satu jam nak reply segala mesej dan komen bagai kat facebook. sangat-sangat bahagia perasaan tu. tahu?
but, aku sentap sikit masa birthday aku. tau kenapa? sebab kan, ramai sangat-sangat yang wish birthday kat aku. aku rasa sangat best. tapi hakikatnya, aku jarang wish birthday kat member-member. diorang mesti sedih kan?
sampaikan aku rasa macam, aku tak layak nak menerima kasih sayang sebegitu rupa dari kawan-kawan dan semua. i just feel bad for myself. tak bagus kan aku? tapi bagus jugak, akhirnya aku sedar sikit. kan?
dan aku berazam untuk menghargai kawan-kawan sebagaimana mereka menghargai aku.
"Just because somebody doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have"

terima kasih semua. terima kasih kerana membuatkan saya sangat-sangat gembira di hari lahir saya. saya sayang kamu semua >_<
...............................................
Subscribe to:
Posts (Atom)