Monday, August 10, 2009

Ucapan Kepada Pengantin !

Ucapan Kepada Along & Kak Long !

Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, "Semoga berbahagia dan ramai anak."

Mendengar yang demikian Aqil berkata, "Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."

Mereka lalu bertanya, "Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"

Aqil menjawab,Katakan...'Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan'.

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan "Semoga berbahagia dan banyak anak. "Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

~ aboi duk kalut ucap tahniah… ;D

No comments:

Post a Comment

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails