Tuesday, May 19, 2009

Ayam Yang Kurang Ajar !

Satu pagi yang hening…

Sedang berjalan...seorang kanak-kanak perempuan dibawah pokok rambutan kuning bersama abangnyer untuk ke rumah Tok Andak untuk menumpang kereta merahnya bagi ke sekolah...

Sedang kanak-kanak perempuan itu berjalan.. tiba2....

Kecepek!

“eh! Kanak-kanak perempuan ! tudung ko kene taik ayam !!” kata abang kepada kanak-kanak perempuan itu..

Dengan perasaan sedih kanak-kanak perempuan itu balik ke rumah untuk tukar tudung sekolah yang lain.

Selepas menukar tudung, kanak-kanak perempuan itu terus pergi ke rumah Tok Andak..die masih lagi lalu di bawah pokok rambutan kuning tersebut...

Kecepek!

Ah ! tidak sekali lagi !!!!

Apalah nasib kanak-kanak perempuan pada hari itu...sangat malang !

Sambil menangis...kanak-kanak perempuan itu pulang ke rumah..mengadu ke emak dan berniat tidak mahu ke sekolah..

Tudung sekolah kanak-kanak perempuan itu sudah abeh..kerana kanak-kanak perempuan itu hanya mempunyai 2 helai tudung sekolah..jadi...

Sebagai pengganti..kanak-kanak perempuan itu disuruh memakai tudung biasa...alaa! yang biasa bawak g jalan2 tu...

Apabila kanak-kanak perempuan itu tahu yang dia harus pakai tudung biasa...kanak-kanak perempuan itu menangis tidak mahu ke sekolah...

Kesudahannya, kanak-kanak perempuan itu tidak pergi ke sekolah dan kanak-kanak perempuan itu dipukul oleh emaknyer atas sebab x mau g sekolah pakai tudung biasa....

Tamat..

~ kalau aboi tau yang mane satu ayam nyer...dah lame aboi sembelih..huhu

No comments:

Post a Comment

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails