Friday, June 28, 2013

Throwback : Saya Seorang Setiausaha

 Pengalaman anda sebagai seorang setiausaha?
 
Ok.  Saya seorang setiausaha.  Pengalaman tak banyak sangat yang boleh dikongsi disebabkan saya hanya baru 3 tahun ++ bekerja sebagai seorang setiausaha.  Setakat ini, saya telah bekerja di bawah 5 orang bos.  Ramai kan?
 
Saya mula bekerja pada 14 Julai 2008.  Lebih kurang sebulan jugalah menganggur selepas tamat belajar.  Eh, tiba-tiba saya rasa saya terlalu formal di dalam blog sendiri.  hehe.  Ok.  Hari pertama lapor diri, duduk sahaja bersantai-santai menunggu penempatan.  Hari kedua baru mula masuk ke pejabat as a secretary.
 
Officemate so far, OK! Boss so far, OK!  Aku di assign untuk bekerja di pejabat sebagai setiausaha.  Disebabkan oleh bos besar telah mempunyai setiausaha, aku secara automatik dilantik sebagai setiausaha kepada bos kecik.  Ok, kat office aku ni ada 2 orang bos kecik a.k.a. Timbalan.  So, aku kena jaga dua2 lah.
 
Bos aku yang pertama & kedua, sangat baik.  Yang seorang Prof. dan yang seorang pensyarah.  Yang Prof. walaupun agak clumsy, tetapi sangat pemurah & ramah.  ^__^  Yang seorang lagi, amat-amat baik, sehinggakan hanya segelintir atau lebih tepat sekelumit kerja sahaja yang diarahkan untuk dibuat oleh aku.  hehe.
 
Apa yang boleh disimpulkan di sini, sebagai freshie aku macam tak berapa sangat belajar kesibukan sebagai seorang setiausaha dengan bos yang sedia ada.  hehe.  Nak dijadikan cerita, aku sebagai setiausaha bos kecik kena cover bos besar bila setiausaha bos besar cuti or sama waktu dengannya.  Part ni la yang paling haru sekali dalam hidup aku sejak bergelar setiausaha.
 
Bos besar sangat garang dan tegas orangnya.  Gila ah! Haru biru hidup aku sekejap bila kena cover setiausaha bos besar yang cuti bersalin.  Masa tu aku rasa aku macam biskut lemau.  Nak buang sayang, nak simpan tak elok.  Hari-hari nangis kot nak gi kerja.  Dah la masa tu baru je habis belajar, pengalaman kerja zero.   Memang lah kelam kabut aku masa tu.  Kelam je bayangan masa depan.  Nasib baik officemate semua ok.  Family pun bagi semangat.  Diam tak diam dapat jugak aku tempoh period tu dengan selamat.  Alhamdulillah.
 
Tapi kan, bila jaga dia lah yang buat aku banyak belajar jugak tentang tugas2 seorang setiausaha ni.  Sebab kan, otak kita kena sentiasa bekerja keras bila duduk di bawah dia.  Spelling kena betul, tak boleh ada mistake.  Jadual kena confirm waktu dan tempat yang betul.  Perjalanan (aturcara) semasa outstation kena selalu tengok.  
 
Pernah sekali, dia suruh tempat tiket kapal terbang untuk dia pergi ke Kuantan dan aku pulak sangat lurus bendul hanya booked tiket untuk perjalanan pergi je.  Perjalanan balik - ilek.  Hambik ko kena sembur dengan halilintar.  Elektrik Shock! T__T.  Tak apa. Tak apa.  Belajar dari kesilapan. 
 
Masa jaga dia jugaklah, kena alert dengan arahan semasa ke semasa.  Pernah sekali, dia tulis arahan untuk appointment atas kertas di antara surat-surat masuk-keluar.  Aku tak check surat tu secara overall untuk memastikan tiada benda yang penting.  My bad.  Hambik ko sekali lagi.  huhu.  Teori & realiti, betul-betul dua perkara yang sangat berbeza. T__T. 
 
Tak apa. Tak apa.  Pengalaman mendewasakan kita.  hehe.  Bos pertama dan bos kedua aku cuma sempat jaga dalam 6-7 bulan jugaklah.  Lepas tu aku tukar bos baru.  Disebabkan jawatan yang diorang pegang tu jawatan giliran, so dua-dua bos pun bertukar lah.
 
Bos ketiga dan keempat.  Yang ni aku sempat jaga 2 tahun sampai diorang habis kontrak jawatan giliran tu.  Bos berdua ni pun baik-baik orangnya.  So far, tak ada masalah lah bekerja di bawah diorang.  Sebab diorang sangat sporting.  Lagipun, jaga bos kecik ni kerja tak terlalu banyak macam jaga bos besar.  Jaga seorang  bos besar lebih kurang sama macam jaga 2 orang bos kecik.
 
So, masuk tahun 2011.  Aku bertukar bos lagi.  Kali ni, hanya seorang je yang bertukar sebab nak sambung pengajian ke peringkat PhD.  Yang seorang lagi masih disambung selama setahun.  Bos yang kelima, OK!  Walaupun pada mulanya, aku macam berperasaan yang aku tak berapa nak ngam dengan bos baru.  Tapi masa menentukan segalanya.  Sekarang ni baru nampak dia seorang bos yang baik dan prihatin.  Best. Best. 
 
Oh ya.  Aku masih belum sah jawatan.  Masih belum tahu lagi keputusan exam trengkas hari tu.  Dah dua kali kot amik exam trengkas.  Aku ingat kalau kena ambil lagi sekali, aku kena pastikan aku lulus.  Sebab kan sekarang ni aku dah lanjut tempoh percubaan.  T__T
 
Rasa bersalah sungguh pada En. Ashri.  Dulu masa aku belajar kat Politeknik Port Dickson (Rindu T__T), aku hari-hari practice trengkas.  Tapi, sejak dah bekerja, aku tak pernah practice lagi dah.  Tu yang susah nak lulus tu.  Tangan dah keras.  T__T.
 
 
..................... I found this draft when I'm arranging my post list... This draft was actually made for a blogger's giveaway on 2011 but wasn't send. 
 
p/s : I've confirmed my job as a secretary after 4 years and I'm not practicing shorthand anymore. I'm sorry, Sir. (-_-") 
 
..................................................
 

Thursday, June 27, 2013

The Ancient Egypt - USS Part 5

 
Welcome to The Ancient Egypt!
I love their roller coaster... Oo yeah!
 
I don't really have things to say.. hmm... *thinking*
 

 


I don't know what's inside... souvenir?
We don't have much time.. the clock is ticking.. *tik tok tik tok*
 
The entrance for the backward roller coaster...
Revenge of The Mummy : The Ride *grin*
 
Their indoor roller coaster is sooo much fun ! Very thrilled. My big brother, my sister in law and me decided to ride the roller coaster.. Well, my brother are forced to ride..hahaha 
My dad and my lil bro decided to sit at the outside of the restaurant because both of them are not feeling well.  So, we leave our things to my lil bro and entered the building. 
 
The building is soo big and there are lines everywhere.  We have to follow the lines and climb up stairs for us to be able to ride the roller coaster.  This is my first time riding a roller coaster that going forward and backward.  I was excited!  Really excited.  It was so much fun, thrilled, scary and very dark inside.  I wanted to ride it again, but thinking that I have to queue again.. I give up. (-__-")

Thank god that the toilet was near.. hehe

The models...
I'm embarrassed.  Can't take a look at them properly because it was so embarrassing for me.  It's because they have to act cool at the time.. all the time hokay.. haha

Treasure Hunter..
This ride was soooooooooo boring.  I regretted that I spend too much time queuing to ride this ride. Oh my.. I don't want to talk about this ride.. it makes me mad everytime I think about it.. huhu 

The scenery during the ride..


Oh.. another model. The handsome one.. hehe =)

The restaurant..  We only buy one set of Nasi Beriani and 5 bottles of vitamin water...


The guardian...
 
We then move to Transformers..
 

Wednesday, June 26, 2013

Trip to Terengganu... Part III


Yuhuu.... Assalamualaikum !
 
Lama dah tak update ni.. sibuk dengan test dan exam...
Sekarang ni, final exam dah habis.. yahoo..! boleh update blog.. hehe
 
 
.................
 
Disebabkan dah terlalu lama cerita ni.. banyak yang aku dah lupa.. aku cerita sikit-sikit je lah ye..
 
Lepas kitorang dah memanjang je pancing ikan tak dapat... pak cik nelayan tu bawak kitorang pi kat tempat sotong.. masih awal lagi time ni.. dalam pukul 6 lebih rasanya.. 
 
Kitorang park boat betul-betul sebelah ada bot nelayan yang lain.. lebih kurang dalam 100 meter ada agaknye.. boat nelayan tu complete kot.. dengan berpuluh-puluh lampu, siap ade 2 tingkat kau.. kau ade?? hahaha
 
Bila dah jatuh sauh apa semua, pak cik mula lah buat demonstrasi macam mana nak candat sotong..

 
candatan pertama.. ("candatan" gitu..pes time guna perkataan ni..hehe)

3 ekor sotong..

Untuk makluman, sotong adalah transparent ye..
bila keluar dari air, automatic tukar jadi merah and then putih.. macam yang kat pasar tu..

 
sotong yang terancam telah menghemburkan dakwatnye..
aku banyak kali kot kene sembur.. tapi kene sembur ngan air laut je.. bukan dakwat.. Nampak nau aku bukan spesis yang "mengancam".. eh?? hehe

bendera berkibar di angkasa... *patriotik*


Ni la tuan punya resort... time ni dia ok lagi.. sat gi dia pi layan mimpi..hehe

nelayan-nelayan muda yang guide kitorang tadi... baguih bebudak ni..
 

Hasil tangkapan... entah berapa kilo..

tengok.. besar gila kan... (bukan aku tau... sotong tuu...)

dinner...
 
Last-last kan.. makanan yang dicadangkan untuk makan dalam boat, kitorang makan kat resort je.. sebab dalam pukul 8-9 malam kitorang dah gerak balik.. semua penat dan ramai yang dah mabuk.. tinggal aku dengan dua orang yang lain je yang masih ok sampai ke sudah..
 
Tapi kan, ubat mabuk tu memang kuat la kot.. mengantuk gila sey lepas makan ubat tu.. awal-awal tadi segar sebab ada benda nak buat, tapi bila dah on the way balik, laut dah gelap and dah tak ada apa nak buat, memang tersengguk-sengguk ko dibuatnya.
 
Masa on the way balik pun satu hal jugak.  Laut bergelora, lepas tu hujan lebat pulak.  Memang lencun la kan.. Seram pun ada jugak sebab teringatkan kotnye lah ada ribut ke apa ke.. dah le gelap, tak pandai berenang apa sumer.. memang berdoa je la kan supaya selamat sampai.
 
Dalam seram-seram tu, sempat jugak berangan.  Siap berdiri ala-ala pirates kat atas boat.. ambil feel katenye... hehe.  Tapi kan, memang salute lah dengan nelayan-nelayan ni semua. Bersusah payah mencari sesuap nasi.. kena menempuh lautan bergelora, cuaca yang tak menentu, tangkapan yang belum tentu.. Semangat dan kesabaran mereka sangatlah dikagumi..
 
Dan akhir kata, dengan baik hatinya, makcik resort tu telah menggorengkan beberapa ikan & sotong yang kami dapat untuk dimakan bersama makan malam yang telah disediakan.  Sedap wooo... segar & manis.. =)
 
Tamat hari pertama (gila betul, satu hari punya cerita sampai 3 entry..ish ish ish).
 
 
..............................................
 
 

Related Posts with Thumbnails