Helloooo.... (^o^)
Lama dah aku tak update pasal drama korea ni kan? Ape pun, aku masih lagi peminat tegar drama korea sejak dari 2010 lagi. tapi, disebabkan aku makin lama makin sibuk ngan belajar dan kerja.. Aku dapat curi-curi tengok je sikit-sikit.
Dalam tengok curi-curi tu banyak juga drama yang aku dah layankan.. Macam Rooftop Prince, Nice Guy, Baker King Kim Tak Gu, dan sebagainya lah.. Cerita lama, cerita baru semua layan.
Sekarang ni aku tengah layan School 2013.
School 2013 |
Cerita ni lebih kepada dilema - dilema dan masalah-masalah remaja zaman moden ni. Aku tak tahu cerita ni dah aired sampai episod berapa, tapi setakat yang aku dah tengok ni, yang diorang dah subbed sampai episod 13.
Cerita ni serius best! Best gila. Semua feel ada... anger, ambitions, sedih, kelakar.. semua lah.. Nangis-nangis aku tengok cerita ni. Feeling gila kot. Memang salute habis la kat Jang Nara. Tetiba aku teringin nak ada cikgu macam dia.. Siapa script writer dia memang best lah..
Dalam cita ni jugak lah aku fall in love ngan main karakter dia. Of course lah kan setiap cerita nak suruh fall in love ngan main karakter tapi yang cerita ni, aku fall in love gila-gila ah pada main karakter cerita dia. Macho and cool habees ! hahaha.
Mamat berdua ni la yang mencairkan hati.. haha. Karakter diorg : Park Heung Soo & Go Nam Soon (Aku ship Park Heung Soo =P) |
Gigih aku menunggu episod akan datang... tak sabar rasanya nak tengok sambungan dia. Gila ko layan drama online.. tiap-tiap minggu kena sabar menunggu sambungan cerita.. hehe. Selalunya aku layan drama penuh je yang dah dapat dari budak opis.. Sekarang je layan online.. tak sabar punya pasal. hehe.
Aku baru la jugak layan cerita ni.. dalam minggu lepas agaknya.. tu pun sebab tertengok kat astro. Bila layan dari awal cerita ni boleh jatuh cinta ah..hehe.
Sebelum tu aku layan drama The King of Dramas..
The King of Dramas |
Cerita ni best jugak. Tetiba aku jatuh hati ngan middle age man ni.. hero cite ni. Cerita ni lebih kepada sweet-sweet manja gitu ah. So far, cerita ni pun ok la.. tak lah bagus sangat.. tapi tak lah tak bagus.. boleh la tahan.. hehe.
Sebelum layan drama The King of Dramas ni, aku layan Rooftop Prince dulu.
Rooftop Prince |
Haa... drama ni pun best jugak. Karakter-karakter dalam cite ni pun best. Cerita ni aku boleh letak sama standard la ngan cite Secret Garden. Ni pandangan aku la.. Jangan nak argue pulak.. cett.
Aku punya feeling tgk cite ni, siap terbayang-bayang macam mana la agaknya kalau benda tu betul-betul terjadi kan? huhu. Orang yang dari zaman beratus tahun dulu tetiba kena hidup dalam zaman sekarang. Mesti haru..hehehe. Paling tak tahan habis jahanam TV dan segala benda sebab ingatkan makhluk halus yang bercakap. hahaha.
Cerita ni direkemen untuk tengok.. kelakar. =P
Drama Nice Guy tu, aku tak habis tengok. Sebab video dia error kat episod 18. So, aku lum decide nak cari kat tempat lain dulu. Biar aku layan cerita lain dulu. Lagipun, cerita dia so-so je. hehe.
Macam panjang pulak post kali ni.. sampai jumpa lagi.. daaaa...
........................................................
No comments:
Post a Comment
if do you wanna say something...just wrote it down guys...