Wednesday, June 30, 2010

Close-up..


Saja je try guna close-up handphone kamera N86 aku ni..
wah...nampak tak binatang tu?
so far, aku puas hati dengan handphone ni...hahaha

.............................................................................

Tuesday, June 29, 2010

Keju jenama KIRI???


Terjumpa keju ni masa sibuk-sibuk nak cari cheese untuk buat pizza..
tengah sibuk mencari-cari keju mozarella...
tiba-tiba.. eh? eh? apasal kiri pulak.. mana pergi cheese kanan?

tempat kejadian : Jaya Jusco Baru, Melaka

................................................................................

Review Melaka Wonderland...

Hari tu ada pergi Melaka Wonderland dengan keluarga. 
tapi tak ingat la pulak bila tarikhnya. 
cerita ini sudah basi la katakan. hehe

Bagi aku yang tak pernah pergi Sunway Lagoon ni..tempat ni agak best la jugakkan..
boleh tahan seronok..
walaupun tempat dia ni tak berapa besar.. tapi puas hati jugaklah..
game-game dia walaupun tak banyak, tapi still best..

cumanya, kaki aku sakit gila.. jalan atas tar panas-panas..mahu terbakar kaki aku..
kenapa jalan atas tar? sebab nak pergi main game-game dia la..jauh-jauh jugak tempat game dia ni..nak pergi sewa pelampung pun satu hal jugak..
kalau tak pakai kasut..alamatnya menahan sakit je la tapak kaki..

lama jugak aku dengan family berendam dekat pool ni..
dari pukul 10 pagi kitorang sampai..sampai la dekat pukul 4 baru nak balik..
aktiviti-aktiviti riadah + relaks ni, bagus juga kalau sekali sekala dapat...betul tak?

kalau pasal cafe dia..biasa-biasa je..
tak kecik tak besar..harga nasi lemak, nasi goreng etc. RM10..kalau tak silap la..
air je harga standard, RM2 satu cawan..hehe

lagi satu, kalau pergi sana..pakailah swimming suit je kawan-kawan..baru seksi..haha
tak da lah..yang pasti tak boleh pakai seluar track yang berzip..bahaya ye kawan-kawan..
lagi satu..kalau degil juga nak pakai seluar track berzip...silalah jangan kecewa kalau tak dapat main game-game dia..ok?

so, sebagai kesimpulannya... Melaka Wonderland ni tidak lah teruk sangat..hehe
siapa-siapa yang nak pergi...pastikan anda pakai SUNBLOCK..ada faham?? (^o^)

gambar dari tempat parking..


ini adalah tiket masuk ye kawan-kawan...


ibu saya, adik saudara saya, adik ipar abang saya bersama dinasour-dinasour yang diragui jantinanya..


game ni dekat tengah-tengah Melaka Wonderland..cetek je air dia..


ini adalah pistol air yang berharga RM5 setiap satu...
agak sakit kalau kena tembak...


pengangkutan yang diorang sediakan untuk pergi tempat mandi dan tour...
perlu sediakan RM 2 kalau nak naik ni..


ini adalah gambar gedik sebelum mandi..


keluarga saya..


ini adalah spot yang paling saya suka lepak..macam kena urut woo..
best-best..

Friday, June 25, 2010

Aktiviti Santai Semasa Kursus Induksi

Sehari sebelum balik.. kitorang beramai-ramai berpakat nak buat aktiviti yang dirasakan macam dapat menghilangkan sedikit sebanyak ketensionan kitorang sepanjang berkursus..

Jadi, kitorang curi sedikit masa persediaan peperiksaan akhir untuk bermandi-manda dalam pool hotel yang tak berapa nak besar tu. Agak seronok jugak duk melepak kat kolam. 
tapi sayangnya aku tak dapat masuk kolam..sebab masih beranduh.

kenapa beranduh? sebab aku jatuh bilik air.  licinnya bilik air tu sampai aku terjelupuk jatuh kat bath tub.  sebelah kanan badan aku semua kena tembok bath tub.  sakitnya..hanya Tuhan yang tahu.  azab gila. 
sesak nafas jugak aku sekejapan..dada sakit..tangan sakit.. kaki aku lebam besar gila..huhu

aku dah sakit-sakit ni..bebudak kursus boleh pulak timbulkan rumours pasal kejatuhan aku di bilik air.. (kejatuhan beb..haha)
ada ke patut diorang kata aku poco-poco dalam bilik air sampai jatuh.  gila ke apa?
mula-mula aku ok lagi, masih boleh gelak-gelak lagi.. tapi bila gurauan yang diorang timbulkan tu dah jadi usikan semua orang..
mempersendakan aku sesedapnya..buat aku rasa macam down betul. 
sampai terdetik dalam hati aku yang diorang ni suka-suka je nak tebar fitnah kat aku..
daripada gurau terus jadi fitnah.. tak best kan?

aku sedih tau.  diorang apa tahu? tahu sedap je nak ngutuk aku semua bagai kat fb. 
hati aku ni macam dicarik-carik dengan pisau tau.. diorang apa tahu?

ah ! tinggalkan masalah aku tu.. sekarang ni layan sikit-sikit gambar-gambar yang aku tangkap masa diorang duk syok mandi-manda..

masa mula-mula mandi.. matahari jauh lagi nak terbenam....

peace bebeh !


dara pinggitan..sorang dah kawin...

kenapa dia tak kasi budak bawah 14 tahun mandi kat sini? sebab...

ni kedalaman kolam tu..tempat diorang mandi manda..

jejaka-jejaka kursus..
status diorang ni aku tak berapa sure..aku assume je la yang ni semua bapa-bapa orang..hehe

sambil menyelam..minum air... eh..makan aiskrim..

matahari dah nak terbenam pun diorang belum sudah mandi tau...huhu

hi-5 !

Thursday, June 24, 2010

Poco-Poco Memang Tak Asing Lagi Dah Kalau Pergi Kursus..

aku masih dalam mood teringat-ingat lagi kenangan-kenangan manis masa induksi hari tu..
esok aku nak kena pergi lagi kat Le Paris International Hotel & Resort, Port Dickson untuk Program PINTAR pulak.

tempat yang sama masa induksi, dan mungkin juga dapat instructor yang sama untuk aktiviti luar ~ AZAMI ENTERTAINMENT

aku suka aktiviti luar...tapi tak berapa suka bila dipaksa buat aktiviti luar laju-laju..
penat woo..benda best pun boleh jadi tak best tau.. huhu
tapi senang cerita, aku memang suka pergi kursus.. seronok..tak payah fikir pasal kerja..hehe

beg baju nak pergi esok pun aku belum kemas lagi.. malas sungguh nak mengemas..huhu
baju-baju bersih yang masih ada dalam beg masa pergi induksi hari tu tak keluar pun dari beg.. tinggal kemas je la nanti bawak pergi program PINTAR pulak.

dalam banyak-banyak benda yang aku suka kat kursus ni..ada satu benda yang paling aku tak suka, tapi susah nak elak..hehe
kalau pergi kursus mesti makan 6 kali sehari..aku pulak makan makanan hotel macam jakon sangat la pulak kan..haha
mesti nak merasa walau sikit pun..sudah bai nak kurus..jangan kata kurus..nak diet pun semua ke laut..huhu

anyway, gambar-gambar masa pergi induksi belum lagi diorang upload kat gallery.. tapi video poco-poco ni dapat daripada Shima.. walaupun tak berapa cantik gambar dia, tapi kira ok lah.. gila terabur team aku buat poco-poco..kelakar gila. meh layan video..

adehh..
banyak kali dah try upload video kat sini..tapi tak boleh..
tak tau kenapa...
nak tengok..jom tengok kat facebook aku...

.................................................................

Monday, June 21, 2010

Aktiviti Yang Disarankan Bagi Menghilangkan Mengantuk Semasa Kursus..

Hari-hari pertama masa kursus induksi ni..semua baik punya semangat nak dengar ceramah.  Segar lagi bak kata orang pun.
Masuk 3, 4 hari..semua layu..lemau..
Eh ! tak semua lah..sebilangan je yang segar bugar..
yang mana segar tu..memang aku respect gila..

Aku masuk hari ketiga, keempat.. memang dah tahap mengantuk gila..
Jadi, dalam keadaan kritikal macam tu..aku dengan Shima duk cari inisiatif lain untuk hilangkan mengantuk.

Mula-mula, cuma sekadar nak hilangkan mengantuk je.
tapi bila dah buat, dah dapat pen colour-colour.. mulalah tangan menggatal semuanya nak menconteng..
daripada tulisan yang biasa-biasa..sampai la ke gambar-gambar yang mengingatkan kami kepada kampung halaman kami..ececece..

Sekarang ni..kita layan gambar cawan je dulu..
bila photographer UTeM dah upload kat gallery..baru lah aku upload kat sini..ok?

  Cawan yang ini direka khas untuk Shima

antara percubaan pertama...
kami pakai pen biru & pen hitam je
disebabkan mengantuk..Teknikal dah tertulis Teknologi..haha

ni bila baru-baru dapat pen colour

Semakin maju

tulisan trengkas tu Shima punya..
nak developt balik skill menulis trengkas agaknya..

nama aku kat kursus ialah YAYA

YAYA tau..
dapat tak dapat?

trengkas lagi..
cuma 2 cawan saja yang kami tulis trengkas kasi penuh cawan..hehe
satu dah terbakar..

antara koleksi kami..

the other side..

Stay tuned..

Monday, June 14, 2010

Kursus Induksi Umum..beST ke?

sekarang ni bersiaran di bilik kuliah semasa kursus induksi..
Sangat-sangat letih dan x cukup tidur..tapibest jugak la..
Dapat ramai kawan..(jawapan standard..hehe)
bila dah boring dan mengantok masa dengar ceramah..baiklah diisi masa tu dengan aktiviti befaedah ye tak..
Contohnya, macam update blog kan..hehe. Agak-agak dalam 3 minggu jugak ni tak update kan..banyak cerita yang nak diceritakan.. Tunggu ya..
Related Posts with Thumbnails