Oh ya ! nenek kesayangan saya telah selamat selepas membuat pembedahan bagi mengubati ‘heart blockage’. Pembedahan yang melibatkan belon. Aku betul-betul tak tahu apa nama rawatan tu dan aku tak pernah terfikir pun nak tanya sesiapa sehinggalah di saat aku menaip entri ini.
Time ni la aku menggelupur nak ingat nama rawatan tu. Aku tak nak lah nanti korang kata aku buat entri tak buat rujukan dulu kan. Nama kaedah rawatan ni adalah ‘balloon catherer’. Belon ni akan disumbat ke dalam pembuluh darah untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah tu. (info lanjut -> klik sini)
Bila tengok keadaan nenek, nampak segar Alhamdulillah. Terfikir juga aku masa tu. Macam mana agaknya perasaan aku kalau aku yang dapat sakit macam tu. Kalau aku yang terlantar kat hospital macam tu. Huih ! minta dijauhkan la..huhu
Agaknya apa perasaan ayah aku masa kena warded pasal kes yang sama ek?. Ayah aku pula kat Singapore. Kalau sakit pening susah nak pi jenguk. Harap-harap nenek dan ayah akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat. Amin.
Ok. Aku nak gerak pergi hospital ni.
An nyeong hi ge se yo ! to ba yo !
Ilalliqa’ ! maassalamah !
Good bye ! See you later !
Selamat tinggal ! Jumpa lagi !
Adios !
(gila kerek tulis good bye dalam banyak bahasa..haha)
Friday, April 30, 2010
Chewing gum
Aku dapat merasakan yang sedikit demi sedikit kemanisan berblog ni semakin hilang. Boleh diibaratkan macam makan chewing gum. Semakin dikunyah, semakin hilang kemanisannya.
Adakah hati aku dah tawar? Oh tidak !
Ini serius ! (sila baca ikut tune wonderpets)
p/s : aku janji akan ceritakan kisah pergi umrah pada entri akan datang. aku akan buat episod by episod sampai korang semua demam sebab nak habiskan baca. orait?
Adakah hati aku dah tawar? Oh tidak !
Ini serius ! (sila baca ikut tune wonderpets)
p/s : aku janji akan ceritakan kisah pergi umrah pada entri akan datang. aku akan buat episod by episod sampai korang semua demam sebab nak habiskan baca. orait?
Monday, April 26, 2010
Alangkah baiknya berada di rumah !
touch down di KLIA tepat jam 10...lebih sikit pagi.. (tak ingat..hehe)
lepas tu, terus shoot balik melaka then show off sikit-sikit barang yang dibeli dekat tanah haram dekat sedara-sedara..
agih pelan-pelan kasi sedara-sedara..
lepas maghrib, sambung lagi agih pelan-pelan nak kasi kawan-kawan pejabat pulak..
kesahnya, sekarang ni badan udah lagi kecapekan tapi mata masih belum mengantuk..
mungkin sebab, kalau ikutkan jam 12.36 am ini aku masih berada di masjidil haram menunggu waktu isya'..huhu
waktu tidur dah tak betul..kepala pun jadi mereng..
buat entri ni pun langsung tak berfikir..main terjah saja..
mungkin sebab gian..
bukan-bukan ! mungkin sebab rindu nak mengarang kat blog ni... mungkin..mungkin..mungkin..
Sunday, April 25, 2010
Jom pergi mengundi !
Ok. Hari ni adalah hari kepulangan aku ke tanah air. Moga aku selamat sampai di Malaysia tanpa sebarang masalah.
Dengar cerita, hari ni hari mengundi? Betul ke?
Kalau betul, mengundi lah dengan bijak. Hehe
Adios !
Dengar cerita, hari ni hari mengundi? Betul ke?
Kalau betul, mengundi lah dengan bijak. Hehe
Adios !
Wednesday, April 21, 2010
Biasalah...blogger..
Adeh..sekarang ni baru aku faham macam mana ‘feel’ dia, dah taip entri dua tiga tapi tak boleh publish..
Sesak nafas juga tau !
Tertanya-tanya juga aku, ‘feel’ ni sama ke macam bro Sembang Kencang pernah alami dulu..? haha
Sesak nafas juga tau !
Tertanya-tanya juga aku, ‘feel’ ni sama ke macam bro Sembang Kencang pernah alami dulu..? haha
Subscribe to:
Posts (Atom)