Sunday, September 7, 2014

Comeback !

Assalamualaikum semua ;)
Lama tak jumpa di sini ye tak? hehe.
Apa khabar semua? Harapnya sihat-sihat belaka.

Malam ni tak boleh tidur, internet juga semakin membosankan. 
Jadi, tiba-tiba saya tergerak untuk menulis di sini setelah sekian lama.
Apabila sudah lama meninggalkan dunia penulisan.. (ehhh.. penulisan sangat..) semakin tidak tahu bagaimana ingin menulis dan memulakan penceritaan.

Penulisan malam ini adalah yang ketiga dalam tahun ini... ini serius! 
Saya tidak tahu sama ada saya terlalu sibuk di pejabat atau terlalu fokus kepada pembelajaran (blerghh...poyo) yang menyebabkan saya tidak menulis di sini untuk tempoh yang lama. Atau mungkin juga penulis-penulis blog yang saya ikuti banyak yang juga telah menghilang. Mungkin, mereka juga seperti saya. Mungkin.

Saya berharap untuk terus menulis, tetapi saya rasa seperti telah hilang bakat menulis.. puhahahahaaa.. poyo sangatttt... ok. cukup. tersenyum sendiri menulis seperti ini. haha.
Mungkin sudah terlalu lama tidak menulis secara serius dalam Bahasa Melayu.. huh! dasar!..

Apa pun, saya sebenarnya ingin bermula semula dari mula di mana saya mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi perkara-perkara yang saya suka bersama kamu semua (eceehh.. harap ada yang prihatin.. (-__-")..).

Sebenarnya saya merindui dunia perblogan.. perblogan? ada ke? tak kisah lah, janji kamu semua faham. Mungkin disebabkan saya kesunyian. Mungkin.

Entah kenapa saya berasa gembira sekali menulis pada malam ini. Mungkin juga sebab malam adalah waktu aktif otak saya. Mungkin. Eh, perasankah kamu bahawa saya telah menulis terlalu banyak mungkin. Mungkin kamu perasan. Mungkin kamu tidak perasan. Oh! Terlalu banyak kemungkinan. Ehh??  hehe ^^

Saya mengucapkan selamat kembali kepada diri saya sendiri dan kepada penulis blog yang saya ikuti yang baru-baru ini membuat comeback! Juga buat Super Junior yang membuat comeback setelah 2 tahun. =) ehh, tiba-tiba je Super Junior. Saya tahu. Saya tahu perasaan kamu. Bear with me.. ok? 

Saya kan baru nak menulis semula. Bertahanlah dengan saya sekiranya penulisan saya ini bersepah-sepah. di sana. di sini. Saya akan menyusunnya semula perlahan-lahan. Harap bersabar. Walaupun saya juga hampir hilang sabar disebabkan oleh penceritaan yang bercampur aduk ibarat tepung yang diadun dengan bermacam-macam isi untuk dijadikan lempeng. ehh..
 
Ok lah, sebelum saya mengarut dengan lebih teruk lagi. Adalah lebih baik saya berhenti dan melayan One Piece yang masih terdapat 600++ episode lagi. 

Jumpa lagi semua!
Assalamualaikum.

................................................................

No comments:

Post a Comment

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails