Thursday, September 12, 2013

Kazoku Game ~

Hello!

Ok.  Post sebelumnya tadi aku cakap nak cerita pasal drama Kazoku Game kan...


Click here to watch...


Sebenarnya drama ni adalah antara drama-drama yang tidak sengaja terpilih untuk ditengok... Dalam tengah pilih-pilih drama mana nak layan, terbaca la drama ni punya synopsis... 

Ni sinopsis dia.


The Family Game was originally an award winning novel by Honma Yohei that was adapted for television drama and film. 30 years later, the story returns to the screen again on Fuji TV, Wednesday nights.
 
Sakurai Sho stars in this troubling drama as the private tutor Yoshimoto Koya. Koya becomes a tutor to a student, Numata Shigeyuki, an underachiever on the verge of dropping out of middle school.
 
Expecting immediate results, Shigeyuki’s father makes a deal with Koya that if he could make Shigeyuki return to school within a week, he would receive a 100,000 yen bonus. Koya accepts the offer, replying that he would only need 5 days to complete the mission but demands that no one should interfere with his methodology in doing so.
 
A handsome face with a reckless mouth, Koya is a wacky unpredictable pro tutor. How will he save Shigeyuki, a boy who has been bullied in school, betrayed by his best friend, and become a shut-in at home? How will he educate Shigeyuki to change his ways? What is Koya’s motivation in teaching? Koya’s "education" is nothing like anyone has ever imagined. You just have to see it yourself to believe it! -- Fuji TV


Menarik kan?
Drama ni memang kena dengan style aku.  Aku suka cerita-cerita macam ni.  Lagi satu, aku, kalau nak tengok drama aku tengok episode 1 dulu.  Kalau menarik, baru sambung.  Kalau tak, bolayan lah... hehe

First episode cerita ni, aku dah suka dah. Lepas tu terus melekat tengok drama ni.  Drama Jepun ni yang bestnya dia tak lama sangat.. around 45 minit ke 1 jam je cerita dia untuk satu episode.

At least kurang la sikit masa dari tengok drama korea.. ye tak? Hehe.

So, ape yang dapat disimpulkan kat sini.  Drama ni banyak pengajarannya. Bila tengok cerita ni, kita kena buka minda luas-luas dan selami apa maksud tersirat di sebalik setiap yang berlaku.  Eceh.

Drama ni sangat menarik bagi aku sebab dia tunjuk or buktikan kat korang yang pendidikan awal bermula dari rumah.  It means, parents... ibu bapa.  Ibu bapa memainkan peranan penting di dalam proses pembelajaran dan tumbesaran anak-anak.  Bak kata pepatah... bayi adalah seperti kain putih, mak bapak la yang mencorakkannya.  Kannn....

Drama ni ketengahkan pasal anak-anak yang menjadi pelajar yang bermasalah disebabkan oleh kurang kasih sayang  mak bapak, kurang perhatian, dan kurang komunikasi antara ahli keluarga.

Eventhough dalam cerita ni cara home tutor dia (Sakurai Sho) mengajar sangat melampau.. tapi bagi pendapat aku, in an extreme sitution, we need an extreme solution.  Isn’t it?
 
Aku suka drama ni sebab dia selesaikan masalah dari akar umbi.  Dia punya muslihat tu tak tahan. Hehe.
 
Cerita ni complete set, kelakar ada, seram ada, sedih ada..tapi cerita dia ringan je.. tak berat. Sesuai untuk ditonton oleh semua golongan umur..
 
Sakurai Sho
 
 
Masalah utama yang diorang ketengahkan adalah keluarga yang tiada pertalian (bond).
 
Mak ayah yang sibuk dengan hal sendiri langsung tak amik berat perihal anak-anak.  Anak-anak nak tunggang terbalik ke, nasiblah.  Ada aku kisah... ish ish ish. Tak patut. Tak patut.
 
Selain tu, percaya.
 
Bukan senang nak tanam rasa percaya dalam diri seseorang.  Sampaikan ada kalanya kita lebih percaya orang luar daripada anak sendiri.  Ini lebih kurang jugak macam dalam cerita Cinta Nur Jannah tu lah... Lebih percaya cakap orang dari cakap anak sendiri. *tetibe..
 
Kita manusia ni selalu lupa kan... susah nak belajar daripada kesilapan.  Ini punya kes, fasal Mak budak dalam drama ni.. tak serik-serik la hai... Orang dah tolong, tak bersyukur.. membazir lagi.. ish ish ish...
 
Ape pun, kesimpulannya... drama ni memang best.. disyorkan tengok bagi yang berkelapangan.  Jangan pulak sibuk nak tengok time tengah banyak kerja.. okeh? =)
 
Oh ye... Dari awal sampai habis, aku rasa yang Sakurai Sho dalam cerita ni sangat creepy and sort of insane.. part ni rasa macam creepy gila.. sebab macam tengah tengok orang gila... superb act....
 
 
 
..... the ending was great ! Worth watch! Highly recommend !
 
.................................................
 
Selingan....
 
Sebut fasal Sakurai Sho ni, aku baru tau yang dia ahli group Arashi. 
 
Selama ni aku layan je lagu Arashi tapi tak kenal pun orang-orangnya.  Yang aku kenal cuma MatsuJun je. Sekarang ni aku suka Sho lagi daripada Matsujun. Hehehe. Tapi...

aku suka KAT-TUN lagi daripada Arashi.. =P

Walaupun sebenarnya aku lebih layan lagu Arashi dari KAT-TUN.  Hehehe.

Lebih kurang macam aku lebih suka N’SYNC dari Backstreet Boys.  Or macam lebih suka McD dari KFC. Or macam.. lebih suka Super Junior dari 2PM.. hahaha..

Ok. Adios.

Selamat menonton !

.............................................................................
 

Good Doctor

Hai semua !  Lama tak jumpa ye tak? 
Lama gila dah tak update post kat blog ni.. 
Bukan apa... Just nak announce...

Sekarang ni tengah cuti semester... *Ooooyeaahh!! (^o^)


...... Tapi minggu ni dah mula sem baru... *uhuk (-_-“)

 
So, kenapa tiba-tiba muncul hari ni?
Tetibe je kan.. lepas dah lama dah update..
Seperti biasa... of course la ade benda nak cerita kennn...

Yang pastinya, bukan lah cerita fasal diri sendiri.. mahupun keluarga.. mahupun saudara... senang cerita tiada kena mengena dengan sesiapa.. hehehehe.

Masa cuti semester minggu lepas... aku telah membazirkan sebanyak-banyak masa dengan tidur dan internet.. Gila loser kan.. Rasa bersalah pulak ngan nenek sebab tak banyak masa spend dengan dia.  I’ll try my best from now on... Sorry nenek.

...................................................................

Ok, cukup selingan.. kata tak nak cerita hal keluarga kan...

Sekarang ni, aku nak cerita aktiviti “internet” aku di hujung minggu.  Despite of my internet yang sooo lembap nak mampos, aku manage la jugak tengok dua tiga drama ngan movies. 

Cerita yang aku layan mostly adalah drama Korea dengan Jepun lah. 
*Ceh..padahal memang tengok korea ngan jepun je... tak tengok nye der drama bahasa lain. Buat masa ni lah. Ekekeke. 

Drama korea yang aku tengah layan sekarang ni adalah “GoodDoctor”.
 
 
 
Click here to watch the drama...
 
“Good Doctor” ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang autisme tapi genius dan bercita-cita nak jadi surgeon.. ringkasan sinopsis dia seperti di bawah.


“Good Doctor is a medical drama about a man with autistic disorder, who has mentally of 10 years old, overcomes bias and discrimination by the society and becomes a pediatrician by utilizing his exceptional abilities that the illness brings.”
 
 
So far, cerita ni adalah sangat best... dan masih ditayangkan di TV.  Cerita ni banyak membuatkan aku berfikir... bukan pasal perubatan, tetapi nilai-nilai yang cuba disampaikan dalam drama ni. 

Aku ada seorang anak buah yang autism.. and... this drama somewhat makes me wonder if he also experienced the same thing when he socialize.

Aku harap cerita Good Doctor ni tidak menghampakan seperti cerita medik korea “Brain”.  Drama “Brain” best.. tapi ending dia hampeh.. sungguh! Huhu... Mengecewakan. 

At least, biarlah cerita dia maintain je dari awal sampai habis dia punya best macam drama medik “New Heart”.  Kat post aku yang dulu-dulu ada aku cerita fasal “New Heart” ni.  Entri tahun 2010 dulu. Cari tak jumpa dah.. hehe..

........................................................

Sebenarnya, intention post ni nak cerita fasal drama Jepun yang aku tengok dalam minggu lepas.  Tajuk dia “Kazoku Game” atau lebih dikenali sebagai “Family Game”... tapi..

Aku terpaksa sambung post seterusnya.... sebab post yang pasal drama ni panjang.. hehe. 

Tunggu post seterusnya ya !  m(^_^)m
 
.........................................................
Related Posts with Thumbnails