Monday, September 28, 2009

Teratak Nek Gayah !





~ Keluarga Bahagia ! ~
~ Aidilfitri 2009 ~

Wednesday, September 23, 2009

...

Semua orang cuti..
Pemblogger tegar pun x update blog hari ni !

Aku bosan !

duk opis men game..
Bile kalah..aku cam celaka menyumpah !

nak g lunch pun x de orang teman..
Nak balik umah..mcam DEKAT !


~ R.I.M.A.S !

Friday, September 18, 2009

Raya !

Di kesempatan ini...saya nak ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Smoga amalan kite di bulan Ramadhan diterima oleh Allah..


p/s : aku jemput korg dtg beraya kat umah



~ anyam ketupat kat opis ;P

Wednesday, September 16, 2009

Buka Puasa

Majlis Berbuka Puasa (IFTAR) bersama TYT
15 September 2009
Selasa
Masjid Al-Alami, MITC


aku x suke tengok muke aku dlm gambo ni..
giler selebet !


~ x semenggah je !

Balik Kampung !

aku x penah rasa nikmatnyer balik kampung !
x tau ape seronok nyer dpt balik kampung !

paling x pun..dulu2 je aku balik singapore !
mase tu memang best...
sb dpt jengjalan umah sedara2 kat sane..
tapi tu zaman dulu2...

skang ni mane ade lagi..
aku jarang ade feel dengar lagu balik kampung..


~ aku tengah menangis dalam hati ~

Monday, September 14, 2009

Ben 10

Tadi aku dok gode2 senarai contact dlm hp aku…

Banyak upenyer no2 yang x dikenali…

Contohnyer..

1. Kluang Man
2. Batman
3. Superman
4. Badut Sarkas
5. Jangan Angkat
6. Mangkuk Ayun
[hari tu kantoi sb die telefon mintak no bos aku..budak UTeM jugak…series sampai sekarang aku duk carik sape orang nyer…tp x penah bejaye..huhu]

2 hari lepas…si badut sarkas miskol…ntah sape ntah..
Aku msg...x nak pulak jawab…bengong punyer orang…


Saja nak heboh :

1. No. yang aku x kenal aku akan save n tulis nama hero2 katon.
2. Aku memang x mesra alam kalau orang yg men miskol2 n msg merepek2
– kalau aku x kenal la..
3. Kalau tukar no..bgtau je la..ni men miskol2..konon2 nak surprise la…
ceh ! pk aku heran ?? [khas buat kengkawan]



~ Ben 10 je blum ade dlm hp aku nih ;P

Hantu Hempap ???

korang penah ke kene hempap antu/jin dan sebagai nyer mase tengah tido???
aku x penah..
tp kawan aku penah..
aku penah cite pasal die dlm entri aku sebelum ni...
mase taon 2003 - anak Abdullah...

then,
la ni aku ade dpt info mengenai kene hempap mase tidur..
aku dpt daripada fowarded email..lama daaa..

Info yang berguna untuk dikongsi bersama :

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu. Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran.. just to share...
aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni.......
betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer...

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia.... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....

tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika...

before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....

Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

kalau ade istilah2 sains yang korang x paham..
jangan tanya aku !
tanya budak yang blaja sains !


~ aku tido mati ! tido nyenyak maksud aku !

Lelaki Pelik ??

benarkah lelaki pelik ??

1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki,
mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.


aku stuju dengan semua kenyataan kecuali 4-6...
sb aku x penah g melalui perkara macam tu..


~ mesti ramai lelaki yang cakap..sumpah ! semua tu x betul... wakakaka

RinDu !

Bulu mate aku jatuh !!
Hik ! Hik ! ade orang rindu sey !



important notes :

sampai sekarang aku x tau dari mane diorg dpt idea cakap bile bulu mate jatuh ade orang rindu..

Thursday, September 10, 2009

Exam !

tadi aku exam pengurusan universiti
esok aku exam perkhidmatan
nota aku sumer dlm pc + tenet...
tp aku x boleh kalau dah bukak pc x bukak mende lain...
[espesyeli..blog aku lew]

cinabeng ! pkul brape aku nak tido ni???

Wednesday, September 9, 2009

Update Blog !

:argh:
Lepas ni aku kene update blog kat umah je lew..
tempat keje aku block blogspot ni !
ape barang block blog aku??
:anoto:
bukan nyer blog ni buat server jadi lembap...
cett ! macam haghammmmmm....

aku penah terpk utk buat blog kat wordpress...
tp aku cam celaka malas !
:yawn:

hari2 indah kat opis aku dah x de...
aku dah susah nak update blog....
:hilo:


~ nasib si pencacai !:waaah:

Haih !

Mark (Westlife)
aku suke die yg hensem + sore die best +
die juga mengingatkan aku kepada Pizza !!
:sweaty:

Joshua Scott Chasez a.k.a JC Chasez (N'SYNC)
jejake yang paling aku minat sangat dulu2...
[sampai sekarang aku x paham kenapa orang suke Justin dari die !]
:inlove:

Howie D (Backstreet Boys)
no reason ! i just like him !

Aaron Carter
sb die comel ! :please:



~ antara jejaka yang pernah bertakhta di hati suatu ketika dulu ~
:inlove:

Monday, September 7, 2009



tahun 2006
Vivo City, Singapore
:astig:
sekarang dah x muat baju tu !!!!
:ayokona:
tolong !!!!
::(
~ hati pasrah giler ! :tsk:

17 Ramadhan

:sobrakana:
aku nampak orang x pose !
lelaki ! dah tua !
makan Mc D ! isap rokok !
celaka !

:galit:

p/s : nasib aku x de no penguatkuasa ! huh !

Sunday, September 6, 2009


:ahaha:
gua berjaya !


:puppyeyes:
gua terharu ~

:inlove:
thanx DiN !

:sleep:
gua boleh tido lena !

:astig:
u r my hero lah !


:woooh:
~ mood gua skarang ~

Thursday, September 3, 2009

Important to have friends !


Friends from different sectors

MINYAK BARU !


KLIK IMEJ KALAU X NAMPAK !

Wednesday, September 2, 2009

Poco2 Haram ???

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secarapaksa rela).Iaitu tarian Poco-poco.

Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar.
Mari sama-sama baca emel ini.

"Assalammualaikum. Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.

Cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

"Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua..

Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyatamensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

WALLAHUALAM. ...

~ x terpk langsung !

Tuesday, September 1, 2009

x de tajuk !

Setiap kali aku sidai baju...aku akan pastikan yang aku sidai dengan cara sistematik.. [cewah!]
Tapi bila aku tengok mak aku sidai... caranya juga sistematik...tapi berlainan..

Aku kalau sidai... berpasang-pasangan...baju kurung dengan kain...t shirt gantung hanger..
Seluar dengan seluar...kain pelekat dengan kain batik..tudung dengan sepra...

Tapi mak aku plak kalau sidai...
Baju dengan baju..kain dengan kain...seluar dengan seluar...tshirt gantung hanger..kain batik dengan tuala...

Tapi hanya dengan insiden tu...aku terpk..

Setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri untuk melakukan tugas harian..sebab tu lah kat opis aku...setiap orang mempunyai cara yang berlainan dalam menyimpan surat2 atau dokumen2 penting...

Semuanya ikut keselesaan sendiri + senang nak carik bila diminta...x gitu?

Bos aku yang dulu...barang2 die bersepah kat bilik...tapi bile aku mintak..tau je pulak kat mane nak carik...
Bos aku yang sekarang jarang bersepah bilik die...orangnya agak sistematik...sumer masuk fail + siap label terus... [aku sedang cube mencontohi die ! ;D]

Senang cite...aku geram kalau orang yang jaga fail tu x tau kat mana nak amik surat yang aku carik ! huh !

Jangan tanya aku ape kene mengena sidai baju dengan surat + fail...kalau nak kene pelempang..tanyalah ! aku tengah garang ni !


~ Sumpah aku gelabah !
Related Posts with Thumbnails