Monday, January 24, 2011

Compilation of Melancong ke Bandung, Indonesia

Setelah berfikir dalam jangka masa yang pendek, aku memutuskan yang aku tak nak lagi dah sambung cerita pasal pergi Bandung, Indonesia.  Makin lama aku tangguh, makin boring aku rasa nak sambung..ekeke. 

Kalau ikutkan, cuma Pasar Baru je rasanya tempat pelancongan yang aku singgah dekat Bandung ni.  Tempat-tempat menarik yang tersenarai dalam brochure tak de pun pergi.  Rugi.  eceh.  hehe

Ni aku buat compilation la dari Part 1 sampai part 8 (last).

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 1
Melancong ke Bandung, Indonesia Part 2
Melancong ke Bandung, Indonesia Part 3
Melancong ke Bandung, Indonesia Part 4
Melancong ke Bandung, Indonesia Part 5
Melancong ke Bandung, Indonesia Part 6
Melancong ke Bandung, Indonesia Part 7
Melancong ke Bandung, Indonesia Part 8
Bandung Electronic Centre

Dah..dah.. chapter baru pulak lain kali..

...................................................

Friday, January 21, 2011

Pendidikan Jarak Jauh

Ok.  Tolak tepi sekejap kerja-kerja pejabat.  Tak de mood T__T

Ambil buku teks untuk buat assignment.  Tanda kat muka surat mana kena baca. Tutup buku, tolak tepi.  Tak de mood T__T

Ambil fail mana yang berkaitan untuk filing surat.  Letak atas meja.  Tolak tepi.  Tak de mood T__T

Ambil sampul surat untuk pos surat yang dah di faks.  Letak atas meja. Tolak tepi.  Tak de mood T__T

Ah, sudah-sudahlah tak ada mood.  Mood suram lagi muram ni tak bagus untuk kesihatan mental dan fizikal.  Mental nak bekerja pun jadi lembap.  Fizikal nak bekerja pun jadi lembap.  Segalanya jadi lembap lagi lembab.

Tadi ada discussion through email dengan kawan-kawan sekelas.  Fuhh!! Nota dalam english nak buat assignment dalam Bahasa Melayu.  Mencabar tu.  Baca note berjela-jela dalam english tiba-tiba nak kena elaborate dalam BM.  Chicken je tu.. (-_-")

Ok..ok..  Tengok tajuk lain, intipati blog macam lain.  Macam je lain, tapi maksudnye sama. Merapu tak sudah.  Kalau ada kawan-kawan yang berniat nak sambung belajar tu, aku nasihatkan, kome semua kena prepared dari segi mental and fizikal.

Kalau korang jenis yang ambil kelas setiap hujung minggu,  mesti kena tahan penat sikit.  Kalau tempat study tu dekat ngan tempat tinggal korang, memang tak ada masalah lah.  Kalau tempat tinggal jauh, macam aku ni.  Adalah masalahnya.

So far, aku masih boleh tahan lagi penat badan dengan penat otak tiap-tiap minggu.  Yang tak tahan ni, poket makin lama makin kempis. Nama pun pendidikan jarak jauh kan.  Memang nasib ah, kene lupakan nak beli DVD original Super Junior, lupakan nak make-up kereta, buat-buat lupa beli make-up untuk diri sendiri, lupakan drama-drama korea yang hit ke tak hit ke, lupakan nak beli ubat kurus ke ape.  Jangan berangan ah, nak hidup mewah melainkan ko ada duit income lain selain dari gaji yang tak seberapa tu.

Kene sentiasa jaga condition kereta (kalau bawak kereta, check air, tayar etc. Kalau naik kenderaan awam macam bas ke apa, check driver tu mengantok ke apa ke) Safety first.  Servis kereta ikut waktu yang ditetapkan.  Memang nasib jugak ah kalau kene bayar duit servis sampai 600 hengget.  Makin miskin ah sekejap kan.

Kalau duit minyak tu, ko buat-buat je tutup mata.  Apalah sangat kalau seminggu spend dalam 100 lebih duit minyak.  Duit tol pun macam tu jugak.  Apelah sangat 100 hengget tu untuk 3 minggu berbanding dengan ilmu yang kita dapat.  Ye tak? Apalah sangat kalau sebulan tu spend dalam 500 lebih hengget. kan? T__T

Dinasihatkan kalau nak sambung belajar dengan hanya berbekalkan gaji yang seribu lebih tanpa income-income lain yang masyuk, tanpa simpanan apa-apa,  silalah sekat segala perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak sepatutnya. 

Lupakan segala fast food yang harga mahal atau lebih dari RM5 hengget. Jangan sibuk nak McD lah, KFC lah, Burger Kinglah.  Lupakan contact lens, pakai cermin mata je.  Jangan sibuk nak bergaya.  Lupakan beli kasut baru, pakai kasut lama sampai lunyai, baru tukar baru. Ah, senang cerita lupakan je apa-apa yang tak penting.  Jadi kedekut sikit. Paham!?

Menyesal pula tak menabung dari kecik. T__T

Tuesday, January 18, 2011

Surgery


Surgery
Originally uploaded by aboi48

Its been 45 minutes since my mom enter the OPERATION THEATER (OT) for cataract's surgery.

I'm anxious and worried at the same time. Please pray for my mom to get well soon..

I've been thinking about what am I suppose to write for my 401 post for the past few days. I want to fill it with something important & memorable to me and my readers. 

But I've totally forget about it because of my mom's health these days. It's hard to realize that I've neglected my mom unconditionally. I don't know what drink she like etc.
 
Ah, I should treat her better from now on.



Sunday, January 16, 2011

Class


Class
Originally uploaded by aboi48

Waiting for lecturer. Those two infront are currently the friend that I'm close to.

Friday, January 14, 2011

Fish Spa Bahaya???


Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat.


P/S :  Wallahualam. =__=  Sumber artikel adalah daripada email yang diterima daripada rakan-rakan.

................................................
Related Posts with Thumbnails