Wednesday, December 8, 2010

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 5


Inilah Masjid Jami' di Pasar Baru, Bandung.  Masjid inilah yang aku gembar-gemburkan dalam entri sebelum ni.  Ini adalah penghadang kawasan sembahyang perempuan dengan tempat rehat di luar masjid.  Betul-betul macam pelancong beb, gambar masjid atas rooftop kena ambil juga.


Ni model iklan sambilan.  hehe.  Tangga ni adalah tangga untuk naik ke rooftop.  Tak ada lif sampai bumbung, jadi kena la menapak sikit tangga naik ke atas.  Bukan tinggi mana pun kan.



Gambar blur.  Sori lah.  Siapa yang ambil gambar, aku tak pasti.  Jangan terkejut.  Dekat kawasan masjid ni aku gerai kecil sebelah tempat wudu' wanita.  Gerai tu buat-buat air je kot, tak tahu pula kalau ada jual makanan segala.  Sebelah gerai ni, tempat simpan barang-barang.


Inilah tempat dia.  Pak cik tu tengah pegang beg aku tu.  hehehe.  Kaunter ni tak payah bayar.  Cuma derma ikhlas je untuk sape ntah.  Lupa aku.  Telekung dia kalau nasib baik dapat lah yang cantik.  Kalau nasib tak baik, dapat lah yang kurang cantik.  Kain pelekat tu pun aku rasa boleh pinjam.  Tapi aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. ekeke.


Ni pula gambar bandar dia dari atas bumbung bangunan Pasar Baru.  Cantik kan.  Tak banyak bangunan tinggi-tinggi.  Kalau tak silap dengar hari tu, pemandu ada cakap yang kat Bandung ni kerajaan dia tak kasi buat bangunan tinggi-tinggi atas sebab environment.  Itupun kalau tak silap lah.  Aku ni ni rajin lupa benda yang tak berapa menarik minat.


Ni pulak dari side lagi satu.  Disebabkan tak banyak bangunan tinggi-tinggi kat sini.  Aku rasa sangat cantik pemandangan sebab boleh nampak gunung-ganang yang jauh teramat.  Kalau ada bangunan tinggi-tinggi tapi bersepah-sepah macam dekat mana-mana tu memang tak berapa menarik pemandangannya.  Itu pendapat aku lah. 

Sebenarnya aku tak habis lagi cerita pasal Pasar Baru ni tau.  Tengoklah, kalau aku rajin, aku cerita lebih lanjut lagi pasal Pasar Baru.  ekeke.

Bersambung...

........................................................

Friday, December 3, 2010

Coklat German


Empat ketul coklat.  Coklat yang didatangkan khas oleh bos dan pensyarah-pensyarah yang terbang ke sana kelmarin.  Sedap gila beb.  Jauh lebih sedap dari Cadbury, Vochelle dan sebagainya.  Walaupun aku suka coklat vochelle, tapi coklat ni adalah dikecualikan.  Coklat yang dibungkus dalam bentuk gula-gula tu adalah sangat sedap.  Yang kaler biru muda tu adalah coklat yang dicampur dengan susu.  Kira macam susu coklat lah. eh ke coklat susu.  ah, pedulikan.  Janji coklat dan susu.  Sedap juga, lemakkkkkkk..hahahaha



Ni pula keychain dari sana.  Aku suka yang keychain Holland tu, comel je.  Dengan bertambahnya dua lagi keychain ni, masuk ni dah banyak gila keychain aku dapat daripada pensyarah-pensyarah yang pergi luar negara.  Dah naik penuh dah kocek baju jaket aku sejak aku kerja kat fakulti ni.  Bagusnya.  Bagusnya.  (^__^)

Bilalah pula aku yang nak pergi bercuti-cuti ke luar negara.  Kalau atas urusan kerja pun tak pe kan.  Dapat merasa pergi tempat orang.  hehehe.

.......................................................

Thursday, December 2, 2010

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 4

Kali ni layan gambar Pasar Baru je dulu.  Entri seterusnya menyusul kemudian.  Sila percaya bahawa mall ni agak besar. Entri terdahulu? Klik sini.

Pemandangan dari tingkat 7 @ car park

Salah satu kedai tempat kami borong baju sulam yang berkain batik.  Tuan kedai ni cakap dia supply kain pada satu butik dekat PKNS, Shah Alam.  Siap tunjuk resit lagi kau.  haha
baju kat sini murah.  Jauh lebih murah dari dekat butik.  Berapa jauh murah? ekekeke.. Datang sini tengok !

Antara baju yang dipamerkan di depan kedai tadi.  Baju kaler torquise tu kak long dan along yang beli.  Aku beli yang kaler hijau belakang aku tu.  Sila ambil maklum beg besar yang aku tengah kendong tu adalah beg yang dijual oleh remaja-remaja yang aku gembar-gemburkan sebelum ni.

Kedai beg.  Ada banyak lagi kedai yang lebih kurang sama kedudukan beg serta jumlah kebanyakan beg dia. Sangat banyak dan murah-murah.  Tapi satu pun aku tak beli.  Tak kena dengan cita rasa.  Kalau beli atas alasan souvenir pun kira macam membazir.

Gambar ni telah dicrop dengan sebaiknya.  Walaupun pinggan yang dah kosong tak nampak, tapi cawan yang dah kosong masih kelihatan.  Tak bleh nak potong lagi dah.  Bukan apa, takut nanti korang tak percaya apa yang aku cerita kat entri sebelum ni.  Tempat makan sebelah kedai beg.

Roti Buaya.  Sila takut. ekekeke.  Roti ni abang aku yang jumpa di kedai roti.  Pastilah jumpa di kedai roti tak kan kedai baju pula. Korang ni. Roti ini adalah roti yang berbentuk seperti buaya.  Rasanya aku tak pasti sebab macam masih tak berapa menarik untuk dibeli untuk dimakan.  Ianya cuma sangat menarik untuk diambil gambar.

Food court.  Sesak beb.  Tapi sedap. Dua hari kami datang, kami makan di kedai yang sama.  Tak ada la kuasa nak pergi makan di tempat-tempat lain yang lebih sesak dari biasa.  Memang ramai sangat orang dekat food court ni.  Ramai dia sampai tak nampak tempat kosong.  ok ok aku tipu, terang-terang dalam gambar ade tempat kosong.  tapi tu je tempat yang kosong tau.  ekekeke.

Kedai kasut juga sebelah tempat kitorang makan.  Tak percaya? Nampak tak kerusi tempat kitorang duduk makan? ekekeke.  Tak percaya? Sukahati korang la.  Aku peduli hapa.  =P
Tapi kasut tu semua tak sesuai dengan aku sebab kaki aku jenis kembang punya.  Ceh, rugi-rugi. T__T

Kedai beg lagi.  Kedai ni sebelah kedai kasut yang aku tunjuk tadi.  Bergantungan segala, tapi sikit pun tak menarik minat aku.  Cuma kagum je la, banyak gila barang-barang dalam satu kedai.

Ni dekat floor bawah.  Level 1 kot.  Ada lagi level kat bawah.  Underground.  Jadi aku assume yang ni tingkat bawah la ni.  Ni gambar dari pintu depan.  Bersepah? Memang le, mall dah nak tutup.  Kitorang duduk situ sampai mall nak tutup.  Percaya? hahaha.

Bersambung....

.......................................................

Langkah Pertolongan Cemas Pertama Jika Terkena Serangan Jantung !

Credit to Bing

Jangan ambil mudah masalah gangguan pada jantung anda. Gangguan pada jantung boleh datang pada bila-bila masa saja dan mungkin membawa maut.

Sebagai contoh setelah anda sibuk kerja seharian, sedang dalam perjalanan pulang tiba-tiba anda merasa sakit yang teramat di dada dan mulai menjalar ke lengan kemudian dagu, sedangkan jarak ke rumah sakit yang terdekat kira-kira masih 5 km. Lebih malang lagi, anda tidak tahu apakah anda mampu bertahan sampai sejauh itu. Bagaimana cara pertolongan pertamanya?

Ada beberapa hal yang patut menjadi panduan, terutama tentang bagaimana memberikan pertolongan cemas awal sekiranya anda atau sesiapa saja tiba-tiba terkena serangan jantung. Apabila seseorang ketika jantungnya tidak dapat berdenyut secara normal, ia hanya mempunyai waktu kira-kira 10 saat sebelum pengsan. Dalam masa 10 saat, kita harus memanfaatkan waktu kritikal ini untuk menolong diri sendiri atau mangsa serangan jantung.

Berikut adalah langkah pertama penting yang perlu anda lakukan :

JANGAN PANIK, USAHAKAN BERBATUK TERUS DENGAN SEKUAT TENAGA. SETIAP KALI SEBELUM BATUK, HARUS TARIK NAFAS DALAM-DALAM, KEMUDIAN BERBATUKLAH DENGAN KUAT, DALAM-DALAM & PANJANG-PANJANG, SEPERTI HENDAK MENGELUARKAN DAHAK ATAU KAHAK DI DALAM DADA.

SETIAP SELANG 2 DETIK ANDA HARUS MENARIK NAFAS SEKALI & BERBATUK SEKALI HINGGA PERTOLONGAN TIBA, JIKALAU ANDA MERASA DENYUT JANTUNG SUDAH NORMAL, BARULAH BOLEH BERISTIRAHAT.

Tujuan menarik nafas adalah untuk memasukkan oksigen ke dalam paru-paru. Sedangkan tujuan batuk adalahj untuk menekan jantung, agar aliran darah terus beredar. Menekan jantung juga dapat membantu denyut jantung kembali normal.

Pertolongan dengan cara ini dapat membantu anda berkesempatan utk pergi ke rumah Sakit. Jangan menanggap apabila anda berumur kurang dari 30, tidak mungkin mendapat serangan jantung. Jadi berhati-hatilah (article published on No.240 of Journal of General Hospital Rochester, red).

Credit to : Orang Muo

......................................................

Tuesday, November 30, 2010

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 3

Cerita ni sambungan daripada cerita Bandung yang lepas.

Esoknya, kami pun keluar dari hotel dalam jam 9 pagi.  Tempat utama yang ingin dituju adalah Pasar Baru.  Pasar Baru itu adalah sebuah pusat membeli-belah yang penuh dengan barang dan orang. Bukan orang-orang.  Kepadatan orang ramai di Pasar Baru adalah sangat padat.

Pasar baru ada 8 tingkat dan sangat agak besar.  Kalau tak biasa, macam boleh sesat.  Tempat perjanjian kalau sesat mestilah dekat lif yang ditengah-tengah.  Nak jumpa tingkat berapa, itu korang punya pasal.  Jangan cari pasal nak jumpa dekat lif yang dekat tepi-tepi bangunan, takut tak jumpa.  Bukan tak jumpa orang, takut tak jumpa lif.  Haha.  Syok sendiri.
 
Kalau nak pergi Pasar Baru, awal-awal lagi aku nak bagitahu, amik masa sehari kalau nak jalan-jalan kat situ.  Kalau macam kitorang hari tu, satu hari tak cukup.  Sangat banyak kedai dan juga barang, dan boleh dikategorikan sebagai murah-murah.  Kalau orang perempuan, pasti suka !

Aku perempuan juga, tapi aku kurang suka.  Mungkin sebab poket kempis pada masa itu dan mungkin juga sebab terlalu banyak baju batik, kain batik, dan jenis kain biasa yang bercorak batik.  Mujur juga tiada kek batik.  Walau macam mana sekalipun, aku end up beli kain batik yang berharga 30,000 rupiah dapat tiga. Ekekeke. Punyalah kedekut.

Cerita mengenai barangan-barangan yang dibeli haruslah di’skip’ dari entri ni.  Kalau tidak, pastinya aku sendiri yang bosan taip satu-satu.  Oh ya, di tingkat atas sekali a.k.a rooftop ada masjid yang tidak berapa besar.  Ok lah kan, dari tak ada.

Dekat masjid ini, ada kaunter untuk pinjam telekung dan loker letak barang.  Mudah.  Dah tu, dari atas bumbung ni pun boleh nampak pemandangan bandar yang cantik.  Sangat padat juga dia punya bandar. 

Kat Pasar Baru ni, majoriti yang aku nampak adalah kedai baju, kedai kasut, kedai beg tangan dan juga tempat makan.  Tempat makan sebelah kedai beg tangan dan kasut je.  Memang sebelah betul-betul.  Duduk dekat meja makan stok-tak-payah-bangun-macam-orang-malas-sibuk-nak-shopping pun dah boleh belek-belek beg tangan yang comel-comel kat belakang seat.  Sambil tunggu makanan sambil usha-usha beg.  Apedehal, ye tak?

Makanan juga sedap.  Nasi goreng pedas satu.  Fuhh!! Memang pedas !  Berair-air hingus. eh, hingus? Hidung la hidung.  Pedas sampai meleleh air hidung.  hahaha.  Yang bagusnya dekat sini, bilik air dia bersih.  Tapi style kena guna gayung dan tak ada jamban duduk.  Tak tahu pulak kalau ada, tapi aku tengok memang tak ada.  ada ke tak ada? ah, apedehal?  Janji bersih. 

Nak masuk bilik air kena bayar 500 rupiah.  Tandas dia pun jauh ke dalam.  Kiranya, terperosok sikitlah dari kedai-kedai yang banyak-banyak tu.  Agak seram sikit kalau pergi sorang-sorang.  T_T.  Dah tu pulak kalau bagi duit buruk yang dah lunyai sikit, penjaga toilet tu tak nak ambil.  Duit lama kata dia.  Hampes betul.  tapi aku bagi jugak duit tu, sebab aku mana ada duit kecik lagi.  semua duit besar-besar.  ceh, berlagak.  haha

Senang cerita, waktu yang digunakan untuk bersiar-siaran di Pasar Baru adalah berbaloi-baloian.  Ni cerita best.  ada jugak yang tak bestnye dekat sini.  Aku boleh sesak napas hokay.

Mall ni bukan kawasan larangan merokok.  bagi orang yang tak suka terhidu asap rokok akan merasakan bahawa mall ini sangatlah tidak sihat.  diekori oleh remaja-remaja yang sibuk nak jual keychain-yang-ada-tulis-bandung, beg beli-belah, air minuman sambil ada antaranya duk-sibuk-kumpul-tar-dalam-jantung adalah sangat melemaskan. 

Bukan saja lemas dengan asap rokok, lemas juga dengan ayat-ayat manis budak-budak tu.  "Belilah bang, belilah kak.  belum pecah telur lagi ni."  "Belilah kak keychain ni, murah-murah".  Pecah telur? Sampai la ni aku tak paham lagi apa kebendanya pecah telur tu.  Along pernah terangkan, tapi masuk telinga kiri keluar telinga kanan.  ah, pedulikan.  tak penting semua tu.

eh, panjang dah ni, nanti sambung lagi. gambar pun akan diupload next time. ok?

......................................................
Related Posts with Thumbnails