Monday, August 30, 2010
Hidup dalam mimpi.
aku hanya mampu bermimpi.
mimpi yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan.
mimpi yang tidak mustahil untuk dilaksanakan.
mimpi yang penuh dengan harapan dan kegembiraan.
tapi sayang...
semua itu hanya mimpi.
ah~ rasa macam nak menangis.
perlu berhenti bermimpi ! mesti !
tapi...
aku memerlukan mimpi-mimpi itu untuk buat aku kembali hidup.
berpura-pura gembira.
berpura-pura senang hati.
berpura-pura sangat sihat.
sangat meletihkan. jiwa sakit.
hanya disebabkan mimpi, aku gembira.
dan
hanya disebabkan mimpi, aku sengsara.
ah~ sukarnya nak luahkan kepada siapa-siapa. T_T
perlukah aku bangun dari mimpi?
........................................................
Thursday, August 26, 2010
Gembira Setiap Hari ~
"If you fill your heart with regrets of yesterday and the worries of tomorrow, you have no today to be thankful for."
~ Unknown
Lepas je aku terbaca kata-kata ni, buat aku teringat beberapa perkara yang aku sampai sekarang regret lah. kalau ikutkan selama 22 tahun dah hidup ni, macam-macam juga benda yang patut dikesalkan. ekeke.
kalau ikutkan benda pertama yang aku selalu regret adalah tabiat pemakanan. susah beb kalau dah biasa makan-makan ni. jangan kata dulu-dulu punya tabiat makan yang dikesalkan. sampai la ni duk sibuk nyesalkan makan banyak masa berbuka semalam. konon hari ni tak mau la menyesalkan sebab makan banyak time berbuka nanti. tapi, siang-siang lagi mak aku dah suruh aku pergi beli KFC untuk buat berbuka. tak ke aku punya nafsu lapar tu semakin lapar?
yang jatuh nombor dua pula, menyesal sebab tak apply betul-betul nak sambung belajar apa lepas SPM hari tu. makin tikam aje apply poli punya course. last-last, jadi secretary la aku. it's fate. tak boleh nak argue lagi dah benda yang dah lepas, kan? i've to move on.
dan about the worries of tomorrow pula. aku decide untuk apply course Sastera Inggeris untuk sambung degree aku. yakin ke aku? seriously, 50:50 je confident level aku untuk ambil course tu. the only reason yang aku dapat fikirkan kenapa aku pilih course tersebut adalah kerana aku sangat-sangat cemburu dengan orang yang pandai berbahasa Inggeris dan aku teringin sangat nak developt my confident level in speaking different language. related ke?
to see the other who can speak well in different language macam mandarin ke, arabic ke, japanese ke, english ke, betul-betul buat aku cemburu. sekarang sibuk nak belajar-belajar bahasa-bahasa tu semua bagai. tapi... sampai la ni, aku dapat simpulkan satu je. it's hard to learn somethin' without a teacher.
susah beb. belajar sendiri. bila confuse about somethin', susah nak cari jawapan. T_T
p/s : saya akan hidup pada hari ini dengan mengumpul lebih banyak kenangan yang manis untuk dikenang pada masa akan datang. ;D
.......................................................
Tuesday, August 24, 2010
Resemblence ~
Pernah tak korang rasa tertarik kepada kaum sejenis korang? tak pernah? ye ke tak pernah? bagusnyer la hai. haha.
aku pernah sey 'ter'feeling macam tu. bila fikir-fikir balik, sangat menakutkan okay! bukan setakat tertarik je. tapi, rasa macam nak tenung lama-lama sampai dia perasan yang aku ada minat kat dia. haha
nak dijadikan cerita, ahad lepas aku bawa mak pergi beli barang-barang dapur sikit dekat kedai cash & carry kat bandar sana. kelakuan dan citarasa aku sangat normal pada pagi kejadian tu. masih lagi tertarik kepada lelaki-lelaki yang lalu lalang. normal. memang normal.
then, bila dah selesai cekut-mencekut barang keperluan yang tak berapa perlu..kitorang pun beratur le, nak bayar. jeng. jeng. jeng. bila je terpandang juruwang tu.
*bang! nice shot!* terpana! haha
sebijik macam Heo Young Saeng beb. tapi versi perempuan la. seriously, memang sama ! dengan muka yang agak mirip, gaya rambut pun lebih kurang, memang sangat memeranjatkan. berdebar sey aku tengok dia. normal ke? tak kan? tak kan?
*oh, tidak!!!!!! >_<*
mesti korang fikir, apakejadahnya tengok kaum sejenis pun boleh debar-debar? ye tak? ni aku bagitau, eventhough dia perempuan, tapi dia nampak sangat hebat. berkarisma lagi. ada style.
haishhhh !! tak mahu cerita lagi lah. seram. macam ada kecelaruan personaliti pulak. bahaya. bahaya. mintak dijauhkan daripada sebarang perkara-perkara yang tidak elok. amin..
......................................................

Friday, August 13, 2010
22 tahun dah. Lama dah hidup ke?
"And in the end, it's not the years in your life that count. It's the life in your years."
tahun ni sudah masuk 22 tahun.
sudah semakin tua.
menjadi semakin takut. semakin kalut.
fikiran bercelaru.
tapi masih perlu fikir untuk beli baju baru.
hati tidak menentu.
tapi masih perlu fikir untuk cari calon dulu.
badan sakit-sakit.
tapi masih perlu fikir untuk kembungkan poket dulu.
duduk termenung.
sibuk duk fikir. apa yang dah dapat dicapai dalam 22 tahun ni?
termenung lagi.
kenapa tak banyak kenangan yang boleh dikenangkan dalam 22 tahun ni?
migrain datang.
terfikir sendiri.
berapa tahun dah sebenarnya aku hidup?
berapa banyak ilmu dah amal?
berapa banyak duit dah kumpul?
berapa ramai kawan dah ada?
berapa banyak kebajikan dah buat?
arghh... migrain semakin teruk.
22 tahun. terlalu banyak yang disia-siakan. terlalu banyak yang ditinggalkan.
mungkin sebab terlalu pahit untuk dikenang?
menangis.
tidak boleh hidup dalam penyesalan. tidak. jangan. kena kuat.
mencari.
belum jumpa. kawan susah senang. untuk menangis bersama.
menangis lagi.
masih seorang. hanya ada keluarga.
sunyi.
aku salah? introvert? selfish?
tinggal sendiri.
22 tahun.
masih tidak yakin. masih di belakang.
kenangan pahit.
lebih kuat. lebih dominan.
kenangan manis?
direka. mimpi?
hati sakit.
menangis? tidak boleh. tidak boleh. kena kuat.
masa depan.
kabur. kurang usaha? atau hidup dalam mimpi? tidak berpijak pada bumi yang nyata?
terlalu rumit.
yakin.
lebih baik dari semalam. pasti!
kenangan.
jadi pedoman.
masa depan.
adalah cabaran.
hari ini.
perlu dipenuhkan.
emosional? sikit ah. 22 tahun sudah.
macam tiada life. dull.
kena hidup dengan gembira selepas ni. pasti fun. kan?
Enjoy your life while you still can. (^_^)
...........................................
Subscribe to:
Posts (Atom)