Saturday, January 8, 2011

Sila K.E.L.U.A.R


Sila K.E.L.U.A.R
Originally uploaded by aboi48

Waiting for the Lesson Skill Program's fasilitator.
This program has been arranged for the new student of UTM today.

It's warm in here..but I don't know why do I keep on thinking about sleep.

Was I too early ? I've been here for about an hour and I'm suffering of back pain and I'm very sleepy.

Blog oh blog !!

Friday, January 7, 2011

Weather


Weather
Originally uploaded by aboi48

What do you see in this picture? Nothing? I saw nothing too..

It is a sky..today's weather is good..


Thursday, January 6, 2011

Tart Telur


Nampak sedap tak?  Menarik kan? Menarik kan? ekekeke.
Aku suka makan tart telur.  Korang pun mesti ada yang suka kan? Suka kan? Suka kan?
Disebabkan aku craving sangat nak makan tart telur ni, aku pun buat lah sikit.  ecececeh!  Cakap nak hebat.  Padahal segan tu dengan colleague and cousin yang pandai buat benda-benda macam ni semua.

Malam semalam gigih ni membuat tart telur ni.  First time rasa macam semangat gila nak buat kuih.  Padahal orang perempuan memang kena pandai buat kalau suka ke tak suka sekalipun.  Ye tak?  T__T  Nasib baiklah my mom ni baker, jadi bahan-bahan semua dah ada kat rumah.  Tak payah susah-susah nak beli ke apa ke. 

Disebabkan my mom ni baker lah, antara salah satu sebab macam nak kena belajar juga buat-buat kuih ke apa semua bagai.  Segan la jugak kan sebab ramai orang assume mak pandai buat kuih, anak mesti pandai juga buat kuih T__T  Come on lah makcik, saya ni pandai tengok je. O_o

So, lepas berhempas pulas membakar tart telur ni.  Result dia oklah for beginner macam aku ni.  Rupa ada. Rasa dia boleh tahan.  Pastry dia pun sedap juga.  La ni, sebab tak mau lupa resepi,  aku taip lah sikit untuk korang para pembaca.  Sharing is caring what.. ^__^

Bahan-bahan untuk Pastry (Kulit) :

250 gram tepung gandum
100 gram butter (aku guna Buttercup)
80  gram gula icing
1 biji telur

Cara-caranya :

1.  Masukkan butter, gula icing dan telur dalam mangkuk dan kacau.
2.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sampai jadi doh.
3.  Masukkan doh dalam plastik dan sejukkan di dalam peti ais dalam 20 minit.
4.  Keluarkan doh, dan lapiskan doh di antara dua plastik dan gelek doh, kemudian tekapkan doh mengikut saiz 'aluminium cup' tart.
5.  Kemaskan doh  dan cucuk-cucuk dengan garfu.
6.  Bakar di dalam oven dalam 10 minit (separuh masak) kemudian sejukkan sebentar sebelum masukkan filling.


Bahan-bahan untuk Filling (Inti) :

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair (aku guna Carnation)
2 biji telur
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna

Cara-caranya :

1.   Larutkan gula dalam air suam terlebih dahulu di dalam mangkuk.
2.   Campurkan gula dan air tadi dengan semua bahan-bahan lain dan kacau sebati.
3.   Tuang bahan tadi di dalam pastry yang telah disejukkan sebentar tadi dan masukkan ke dalam oven dengan suhu 180C dalam 10-15 minit.
4.  Tadaa !! Siap lah sudah. ^_^


Tadaa!! Terkejut tak? Terkejut tak?  Kelakar la, aku punya tak berapa nak jadi untuk yang tart saiz kecil punya.  Dalam oven dia mengelembung, bila dah keluar dia mengecut pulak.  Yang besar jadi la juga kan.  Tak kesah lah, nama pun beginner.  Asalkan rasa best, boleh cuba lagi.

Resepi ni boleh dapat dalam 40 biji untuk saiz kecil, kalau buat semua saiz besar, mungkin boleh dapat dalam 20 biji agaknya.  Tapi disebabkan aku buat ada kecil ada besar, jadi dapatlah 20 biji yang kecil dan 11 biji yang besar.  Bolehlah sekadar nak merasa. 

Selamat mencuba kawan-kawan ! ^__^

P/S : My mom cakap yang mungkin tepung kastard tu sikit sangat, jadi dia tak cantik.  It's okay, ada banyak masa boleh cuba lagi.

Entri ni telah dijadualkan, jadi masa sebenar aku buat tart ini adalah pada malam hari Selasa.

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 8

Mesti korang semua terfikir kan, kenapa la dak aboi ni tak habis-habis lagi cerita pasal pergi Bandung ni.  Dah sampai part 8 dah, tak selesai-selesai.  Nak buat macam mana, dak aboi ni ha duk ikut kepala hangin dia je nak update ke tak nak update.

La ni, aku nak cerita pasal kedai jeans.  Jeans bukan sebarang jeans.  Jeans ORI beb.  Tentulah bukan jeans itu yang berjenama ORI.  dan pastilah bukan juga jeans yang dimiliki seseorang yang bernama ORI.  ORI yang aku maksudkan di sini adalah original.  Aku pun tak tahu la sejauh mana keoriginalitian dia tu.  Tapi kalau ikutkan apa yang tertulis di dalam kedai-kedai ni, advertisement ke apa ke, tu semua kata jeans-jeans di kedai ni semuanya original.

Oh ya, nama kedai ni adalah TOKO TIGA.  Kedai dia kat tepi jalan je.  Jeans dia murah-murah jugalah daripada yang kat Malaysia.  Rasanyalah.  Aku tak pernah beli jeans yang betul-betul jeans.  Selalu beli jeans ciplak, pastu hampeh, tak best pakai.  Ni pestime beli jeans ORI!  Hebat tak?

gambar aku pinjam dari google


gambar aku pinjam dari google

gambar aku pinjam dari google


gambar aku pinjam dari google

Sudah pastilah aku tidak mengambil gambar di barangan-barangan yang ada di dalam kedai ini.  Nak shopping, mana la sempat nak fikir nak ambil gambar apa semua bagai.  Kepala dah sibuk memberat fikir hal-hal duniawi di  mana duit rupiah yang ada ni masih cukup atau tak untuk dibelanjakan ke atas jeans-jeans ORI ni.

Disebabkan poket aku menunjukkan tanda-tanda kehausan, aku "TERPAKSA" la grab juga satu jeans yang cikai-cikai sikit jenama dia.  Nak beli LEVIS ke B.U.M ke apa ke ntah lagi ke namanya, main ribu riban juga beb.  Yang cikai-cikai yang aku beli pun dah kira 149,000 rupiah sehelai. 

Adik aku pun ada gak beli jeans, tapi sebab dia kaya sikit dari aku, dia beli yang mahal sikit.  Baju dengan seluar, ada juga cecah sampai 300k ++ rupiah.  Ah, senang cerita kalau ada duit semua benda boleh beli.  ye tak?

Of course lah kalau kat tempat-tempat macam ni sempat ambil gambar diri sendiri, tak pun gambar family, dekat tempat yang cantik-cantik sikit dalam kedai tu.  Bukan ambil gambar kedai tersebut.  Konon-konon buat macam kenangan lah.  ekeke.








Ada sambungan lagi ke tak ek? Sambung? Tak sambung?

...............................................................................

Dark Cloud


Dark Cloud
Originally uploaded by aboi48

It was dark and the cloud are really fast..it will be raining heavily this morning I guess.

Related Posts with Thumbnails