..................................................
Thursday, October 14, 2010
Keindahan Alam ~
Selamat Pagi ~
Lama dah rasanya tak update blog ni macam biasa. Duk hentam 'live blogging' je kerjanya. Bukan apa, *dah mula nak buat alasan* aku ni kan jenis yang nak mudah je semua kerja. Jadi, buat masa sekarang ni hanya itulah cara yang paling mudah nak update blog bila-bila teringat. Bukannya sentiasa je ada mood nak update blog kan.
Hari ini adalah hari yang indah. Matahari terbit dengan sangat cantik. Membuatkan hati yang biasa-biasa saja nak pergi kerja menjadi tenang dan gembira. tak percaya? Cubalah lihat matahari terbit. Saya pasti ! Anda pasti akan mempunyai perasaan yang sama. Senang cerita, bangun pagi lah beb ! kekekeke.
gambar ni ambil pagi tadi guna kamera handphone je. pastinya kalau ada kamera DSLR dan aku tidak berniat nak pergi kerja, mesti dah ambil gambar matahari terbit tanpa rasa jemu. hehe.
tapi kan, bila tengok gambar ni lama-lama macam rasa sedih. alangkah bagusnya kalau dapat duduk dan menghayati panorama yang indah macam ni. Belum tentu esok dapat tengok lagi matahari terbit atau tidak. kan.
Cantik kan? Matahari dilindungi oleh kepulan-kepulan awan. Cahaya matahari yang memancar di sebalik kepulan-kepulan awan betul-betul buatkan aku terpesona. Susah nak describe dekat korang macam mana perasaannya.
keindahan alam boleh membuatkan seseorang itu berasa tenang. memang betul. sangat setuju. Sejak kebelakangan ni, jiwa aku kacau. Sebab terlalu banyak masalah? aku tak rasa macam tu. Jiwa kacau tanpa sebab. kadang-kadang tak senang hati. selalu terganggu *easily distracted*. Jadi, sejak kebelakangan ni, aku kerap ambil gambar alam sekitar. Sangat seronok. Timbul perasaan yang sangat bagus semasa mengambil gambar. Puas hati.
dan, aku akan terus mengambil gambar untuk menyukakan hati aku ni. hehe. dengan menulis entri ni pun hati dah rasa berbunga-bunga. Aku tidak akan berhenti dalam menghayati nikmat yang Allah telah berikan kepada aku. InsyaAllah.
p/s : tahukah kamu bahawa gambar terakhir hanyalah taman kecil di tepi traffic light? ekekeke. (^_^)
..................................................
..................................................
Tuesday, October 12, 2010
Sunshine
Sunshine
Originally uploaded by aboi48
I'm in a good mood today.. (^_^) To see a beautiful sunshine just made my day.. It must be good if I can wait for the sun to shine at the top of the hill.. I feel like crying just by imagine it. To get to see such a beautiful nature can make me cry so easily.. I don't know how to describe about how thankful I'm to be able to see.. Thank you Allah..
Monday, October 11, 2010
Thursday, October 7, 2010
Ayam Penyet Lamongan
Ayam Penyet Lamongan
Originally uploaded by aboi48
Currently eating Nasi Ayam Penyet at Ayam Penyet Lamongan MITC.. I suddenly missed Bandung.. kekeke (^_~)
Friday, October 1, 2010
Beautiful Day ~
Beautiful Day ~
Originally uploaded by aboi48
Everyday is a beautiful day.. Going to Dr. Izan's open house.. I'm so hungry, didn't eat breakfast this morning.. Now I'm going to fill up my stomach with lots of food.. (^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)



