Thursday, August 12, 2010

Cinta & Penantian


"Love is just a word until someone comes along and gives it meaning"

Saya masih menunggu orang itu.  (^_^)

Cinta yang mudah diungkapkan...adakah benar-benar ikhlas dari hati?

.......................................................

Wednesday, August 11, 2010

Antara sebab kenapa jangan jadi gemuk !


Gambar ni mengingatkan aku masa zaman aku belajar-belajar dulu.  kalau tak silap aku masa Poli Briged.  gila ah, kena panjat pokok tinggi then lalu atas tali merentas air terjun.  tak le besar mana pun air terjun dia tu.

masa tu, aku pilih nak buat last-last sebab bila orang mula-mula ni ramai sangat yang amik perhatian.  yang tukang gelak ada je sekeliling.  bila buat last-last ni, orang dah tak ramai.  tak de la malu sangat.

tapi yang jadi masalah nya, bila dah tinggal sikit kat belakang, mulalah semua berebut-rebut nak naik dulu.  last-last, tinggal aku sorang perempuan last.  ada la tinggal 2,3 orang lagi budak laki belakang aku. 

nak panjat pokok guna tali, nampak je senang. tapi bagi orang gemuk macam aku, susah beb.  terswing-swing aku sekejapan kat atas tu tak boleh naik.  nak tak nak, terpaksa la budak-budak laki tu tolak aku naik atas.

daripada tak nak malu gena gelak dengan orang-orang sekeliling, free-free je aku kena gelak dengan 2,3 orang budak laki tu.  tak kesahlah, aku dah biasa dah pun. kan.

then, dua tiga tahun lepas tu.  benda sama jadi lagi kat aku.  masa kursus orientasi aku dulu.  kena panjat benda alah kat bawah ni:


susah beb.  kena la dua tiga orang tolak aku kasik panjat batang-batang tu semua bagai.  aku jatuh beb dari atas tu.  sakit gila, terhuyung-hayang juga aku sekejapan. T_T

nasihat aku, jangan lah jadi gemuk.  jagalah kesihatan korang semua. ok? ^_^

.......................................................

Tuesday, August 10, 2010

Try to be in someone else's shoes !


Sejak beberapa hari ni, aku asyik la teringatkan satu scene di mana aku agak sedikit S.E.N.T.A.P. !

kita biasa berbual-bual dengan kawan-kawan tentang life kita, surrounding kita, opinion kita dan semua tu biasa kan?
ada satu hari tu, bila kami berkumpul pastilah macam-macam cerita yang nak diceritakan mahupun digosipkan. ye tak? 

then, one of my friend ni mula la cerita about life dia pada kami.  dia dah ceritakan kat aku kisah hidup dia tu.  but, aku cuma biarkan sahaja dia bercerita, pada pendapat aku mungkin rakan-rakan lain belum dengar lagi. so, let her be.

bila sahaja dia bercerita, there's one of us suddenly mencelah and bercakap dengan kuat.  quite loud la for me.  dia cakap, "hey, kan dah cerita pasal tu sebelum ni?"

i was a bit shocked.  really!
why don't just let her be?  aku betul-betul speechless masa tu. 
kesian aku tengok kawan aku ni tadi.  dia macam tergamam dan tak kena gaya jadinya bila kena sound macam tu.  i just don't feel it right.  mulut aku memang betul-betul berat nak membela mahupun membidas masa tu. kesian sangat.

kenapa aku rasa dia tak patut buat macam tu?
sebabnya kan, aku pun suka bercerita.  dan kadang-kadang aku tak sedar yang aku cerita benda yang sama pada orang yang sama.  so, bila orang cerita berkali-kali pun dekat aku, aku akan biarkan sahaja dia bercerita.  sebab, mana tau mungkin aku pun jenis yang bercerita berkali-kali?

benda ni kan di luar kawalan kita.  so, bila kawan aku kena sound macam tu.  sedikit sebanyak, aku pun sentap jugak wey! biar pun bukan aku yang kena sound, aku tetap rasa dia tak patut buat macam tu dekat orang lain. 

maaflah kalau aku ada cerita benda yang sama sebelum-sebelum ni.  sebab aku ni kadang-kadang tak perasan yang aku dah cerita benda tu sebelum ni. 

satu je aku nak korang fikir, cubalah korang yang berada di tempat dia pada ketika tu.  apa yang korang akan rasa?

sama-samalah kita muhasabah diri kita balik.

......................................................

Saturday, August 7, 2010

Live dari MajLis Konvokesyen UTeM ke-6

baru beberapa jam, kaki aku dah lenguh gila..berdiri di pintu menyambut ibu bapa agak seronok..seronok sebab apa?
seronok sebab sepanjang hari kene senyum..mood x baik pun masih kena senyum..jadi, bila selalu senyum, pastilah hari kita akan menjadi ceria..betul x?
Ok lah..nak sambung kerja..
.,....,...........,.............

Friday, August 6, 2010

So much love on my birthday


"I felt so much love on my birthday"

Semalamadalah hari lahir aku yang ke-22 tahun. (dah 2 hari lepas..tak nyempat-nyempat nak post)
hah?? 22 tahun dah?? kejap je kan.. tapi aku masih rasa yang aku ni macam remaja-remaja lagi..dah masuk golongan wanita-wanita dah ni sepatutnya..betul tak?

tepat pukul 12 tengah malam, aku ni duk tunggu la sapa yang nak wish..
tau siapa? tak ada siapa pun ! sedih tak? sedih tak? aku tak rasa sangat, sebab aku duk sibuk layan video malam tu..hehe

bila dah pagi tu, orang pertama ucap selamat hari lahir kat aku mestilah emak kan.  apa-apa pun emak pasti tempat pertama.  kedua, pastilah nenek.  sebab nenek ucap masa aku salam nak pergi kerja.  tempat ketiga, ayahlah yang pastinya. cukuplah aku tulis sampai tiga, kalau nak tulis semua pastinya entri ini akan menjadi entri terpanjang dalam sejarah penulisan aku.  ye tak? sebabnya, kalau dicampurkan mesej ucapan selamat hari lahir kat dalam handphone, email, facebook mahupun secara lisan, pastinya tidak larat kamu semua nak membacanya.  jangan kata kamu nak baca, aku yang nak menaip ni pun macam tak kuasa! 

bila pergi kerja, pastilah rakan sekerja aku ucap selamat hari lahir kat aku.  suka ke? mestilah!  then, diorang belanja aku McD. McD je? oklah tu.. jangan nak demand lebih-lebih pulak..hehe

yang tak bestnya, facebook tak boleh bukak pulak dari pagi melarat sampai ke petang.  asal nak bukak facebook je komputer hang..asal bukak je, komputer hang.. lama-lama aku sendiri hang! 

walaupun ada ucapan selamat dalam handphone, tapi tak semeriah mana pun.  tak ramai yang wish guna handphone.  kawan-kawan rapat dan ahli keluarga je yang mesej guna handphone.  balik dari office, emak cakap tak ada apa-apa hadiah.  semua orang cakap poket tengah kering.  tak pe, tak pe.  

then tiba-tiba, nenek panggil suruh potong kek.  kek?? kek birthday??  haha, ada kek.. yeay! yeay! ada kek birthday.  wah! nampak riang tak? riang tak? haha
tak dapat hadiah, dapat kek pun jadilah kan.  hehe

dah tu, lepas maghrib. nenek, mak ngan Hisyam panggil aku.  Senang cerita depa bagi hadiah kat aku.  Nenek kasi baju kurung, mak bagi beg tangan, Hisyam kasi kasut.  ngeh ngeh ngeh.  >_<
suka gila okay ! dah tu, semua barang tu kena dengan taste aku.  thanks to my adik, taste dia memang sama macam aku.  haha.

Malam tu, lepas posing-posing sikit dengan hadiah.  aku bukak facebook.  wahhhhhhh ! sangat banyak ucapan birthday.  suka tak? suka tak? pastilah! sangat-sangat terharu. ceh! cakap nak gebang. haha.

tapi, korang-korang yang wish tu, memang best lah! i felt so much love on my birthday.  thanks to you guys. (^_^)  aku ambil masa lebih kurang satu jam nak reply segala mesej dan komen bagai kat facebook.  sangat-sangat bahagia perasaan tu. tahu?

but, aku sentap sikit masa birthday aku.  tau kenapa? sebab kan, ramai sangat-sangat yang wish birthday kat aku.  aku rasa sangat best.  tapi hakikatnya, aku jarang wish birthday kat member-member.  diorang mesti sedih kan?

sampaikan aku rasa macam, aku tak layak nak menerima kasih sayang sebegitu rupa dari kawan-kawan dan semua.  i just feel bad for myself.  tak bagus kan aku? tapi bagus jugak, akhirnya aku sedar sikit. kan?

dan aku berazam untuk menghargai kawan-kawan sebagaimana mereka menghargai aku. 

"Just because somebody doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have"

terima kasih semua.  terima kasih kerana membuatkan saya sangat-sangat gembira di hari lahir saya.  saya sayang kamu semua >_<

...............................................
Related Posts with Thumbnails